Jumaat, 5 November 2010

Warkah Untuk HAWA..


Assalamu`alaikum w.b.t.
Hawa, apa khabar anda di sana? Moga sihat hendaknya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Tujuan adam menulis surat ini adalah untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan kita di sekolah dahulu. Ingatkah hawa ketika di sekolah dahulu, kita bahagia hidup dalam biah solehah yang tersedia di sekolah. Tetapi, selepas kita keluar dari sekolah, macam-macam biah dapat kita jumpa di dunia kita masing-masing. Dunia universiti, dunia matrikulasi, dunia institusi perguruan, dunia luar negara, dan lain-lain. Tidak lupa juga, dunia maya.
Dalam penulisan kali ini, adam ingin memfokuskan tentang dunia maya. Dunia maya yang adam maksudkan di sini adalah dunia internet. Adam sedar bahawasanya internet sangat penting bagi kita semua kerana 1001 macam perkara boleh didapati di internet. Tapi hawa, hawa jangan lupa, internet ni ibarat dunia tanpa sempadan. Sangat bahaya!
Baru-baru ni, adam ada membuka sebuah laman sesawang sosial di internet iaitu facebook. Macam-macam berita adam peroleh di sana khususnya tentang perkembangan sahabat-sahabat sekalian. Adam juga berpeluang melihat-lihat gambar-gambar para sahabat yang sekian lama dirindui. Tapi, sedang asyik melihat-lihat gambar-gambar, adam berasa agak terkilan melihat beberapa gambar hawa yang tidak menutup aurat. Mungkin hawa tidak meng‘upload’ gambar-gambar yang tidak menutup aurat, tetapi hawa mesti ingat, kawan-kawan hawa (khususnya yang non-muslim dan yang muslim tetapi tidak mengambil berat soal aurat) boleh ‘upload’ gambar-gambar macam tubila-bila masa sahaja.

Hawa oh hawa……

Hawa kena ingat, aurat hawa lagi banyak dari adam. Jadi, hawa sangat beruntung sebab hawa perlu banyak menjaga diri berbanding menjaga mata. Tapi adam perlu banyak menjaga mata. Kalau keluar ke Mid Valley, pandang atas silau, pandang bawah susah nak jalan, pandang kiri aurat, pandang kanan aurat, pandang depan aurat, pandang belakang pun aurat. Jadi, adam kena sangat berhati-hati semasa keluar rumah dalam erti kata menjaga mata. Hawa pula perlu menjaga diri sahaja semasa keluar rumah. Padankan pakaian yang menutup aurat dari rumah, dan hawa boleh berjalan dengan senang hati kemana-mana sahaja bumi Allah (semestinya bersama mahram/orang yang dipercayai mahram).

Hawa juga kena beringat, hawa ni cantik. Sangat cantik sehingga mampu menggoncang iman adam. Mata adam sangat ingin memandang hawa. Jadi, hawa kena sentiasa berhati-hati dengan adam. Tetapi, bukan mata adam sahaja yang perlu diwasapada. Hawa perlu ingat, ada satu mesin yang juga ada mata. Mata ‘dia’ bukan macam mata adam. Mata ‘dia’ biasanya besar dan boleh dipanjangkan atau dipendekkan. Mesin ni namanya kamera. Rasanya tak perlulah adam perincikan lagi fungsi kamera ni. Cuma adam hendak tegaskan di sini, kamera ni sangat bahaya kerana dengannya, boleh timbul pelbagai fitnah dan dosa.

Errr……. Rasanya setakat ni sahaja warkah adam buat hawa kali ini. Lain kali, kalau ada masa lagi, bolehlah kita berhubung kembali.

Sekian, terima kasih.

Hmm,sekadar perkongsian..
Namun dalam hati ini agak sedikit terkilan berbaur kecewa juga..
bila..
benar facebook itu bahaya kalau disalahgunakan..
saya pun ada akaun facebook dan..
paling saya sedih di facebook apabila melihat kawan-kawan lama sekolah menengah dulu yang dulunya ayu bertudung litup kini...
astagfirullah al azim..agak mengejutkan
bukankah sewaktu baginda Rasulullah saw diisra'kan baginda telah melihat pelbagai seksaan yang kaum perempuan,antaranya

..perempuan yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih kerana semasa hayatnya mendedahkan auratnya itu kepada lelaki bukan mahramnya..

..perempuan yang memakan dan menggunting badannya sendiri kerana menghias dirinya dan memperlihat kecantikkannya untuk lelaki bukan mahramnya..

Ya Allah..
rupanya suasana dan keadaan sekeliling boleh mengubah manusia..
bimbinglah diriku,sebagai seorang lelaki untuk memelihara keluargaku dari azab api neraka..

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
Surah at-Tahrim ayat 6

moga mereka dikurniakan hidayah dari Allah swt.

Yang Benar,

adam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...