Sabtu, 29 Oktober 2011

al-Baqarah : 282

"Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu,                                                           dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu"

Sahabat ana yang minta ana lihat ayat ini bila hati ana berbolak-balik, tidak tenang dengan segala urusan dunia dan mengalami pelbagai perasaan yang bercampur baur. Katanya ringkas sahaja "sesuatu yang berlaku itu ada sebab dan hikmahnya".. andainya enta berada dalam kelas sepanjang hari mendengar pensyarah mengajar tetapi jika Allah tidak izinkan ilmu yang disampaikan oleh pensyarah itu dapat enta fahami, enta tidak akan dapat.. begitulah juga jika enta disibukkan dengan urusan dunia hingga enta mengabaikan tanggungjawab lainnya seperti solat berjemaah, hubungan dengan sahabat-sahabat menjadi renggang maka tidak adil bagi diri enta,orang sekeliling enta dan urusan enta dengan Allah.. sesungguhnya Dia hanya menguji  enta.. bukankah Allah telah berfirman dalam kalam-Nya 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah : 286)

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.. semua yang berlaku adalah kerana kehendak-Nya dan sebagaimana kita beriman kepada qada' dan qadar, kita harus yakin akan ketentuan-Nya..




Janji-Nya

Alhamdulillah..
akhirnya,ana diberi kekuatan semula untuk menulis.. semuanya kerana izin-Nya.. jika tidak kerana-Nya, mana mungkin jari ini bisa bergerak dan ligat menaip papan kekunci laptop ini.. setiap apa yang kita punya, semuanya adalah milik-Nya.. hatta kelopak mata sekalipun, jika bukan kerana kudrat-Nya kita tidak akan mampu membuka mata dan kelip-mengelip mata lagi.. Allah! nikmat kurniaan-Nya tidak pernah terhenti biarpun sedetik.. tetapi kadangkala kita sebagai hamba-Nya pula yang sering melupakan-Nya.. astagfirullah al azim, sungguh hina penuh dosa dan noda diri ini..

sesungguhnya Dia sentiasa dekat dengan kita.. lebih dekat dari urat tengkuk kita sendiri..
Dalam surah az-Zumar ayat 53, Allah SWT telah berfirman "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah." Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya kecuali dosa syirik.

kita kena yakin dengan janji Allah.. biarpun dosa kita tinggi melangit, Allah akan tetap menerima kita..
~Yakin dengan janji Allah SWT~

Ahad, 11 September 2011

al-Baqarah ayat 282

as salam..
lama suda ana nda menulis.. kerana himpitan pelbagai kerja, tugasan dan macam-macam lagi perkara yang ana lakukan yang belum tentu ada orang yang sedia memikulnya.. ana lakukan semua ini semata-mata untuk mengharap keredhaan Allah, mudah-mudahan niat ana ini ikhlas dan diterima Allah SWT.

alhamdulillah syukur,dalam kesibukan diri menghadiri PBS, membuat assignment, tugasan dan sebagainya.. ana masih mampu tersenyum. semuanya kerana nasihat seorang sahabat yang meminta ana untuk memerhatikan sebuah ayat dalam al-Quran iaitu surah al-Baqarah, ayat 282.

inilah satu-satunya sebaris ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan memenuhi satu mukasurat.. ayat ini menceritakan tentang hutang piutang.. hmm,wajib apabila sesuatu urusan jual beli itu dilaksanakan tanpa wang tunai yakni dengan niat berhutang, maka hutang itu perlu ditulis dan membabitkan 2 orang saksi lelaki.. namun jika tidak cukup 2 orang saksi lelaki, dibolehkan seorang lelaki dan 2 orang perempuan..

tulis..
biarpun hutang itu kecil mahupun yang besar, tulislah.. kerana ingatan kita tidak seperti imam Syafiee, namun jarang kita menulis kan.. tambah2 lagi hutang-hutang yang kecil..
ada satu pepatah yang sering diungkapkan oleh seorang 'rakan sekerja' dalam syukbah ana tetapi ana tidak ingat dari mana asalnya pepatah itu..Arab ke China ya?

bunyinya lebih kurang seperti inilah "dakwat yang kabur lebih baik dari ingatan yang kuat"..
iya la, sifat manusia nie pelupa..

jadi catatlah.. sama ada hutang atau nota
kadang-kadang kita suda terbiasa tidak mencatat apabila mendengar,tinggalkanlah tabiat ini..
mari kita amalkan amalan mencatat tika mendengar, insyaallah secara tidak langsung kita telah menggunakan beberapa nikmat seperti mendengar, melihat dan menulis ketika belajar =)

syukur..
sedikit perkongsian dari ana yang cetek ilmu ini, ana masih belajar lagi dan lagi.. haha trademark sahabat2 waktu bermesyuarat harian..
alhamdulillah, walaupun ana sibuk tetapi ana masih mampu bermesyuarat harian dengan mereka.. satu pengalaman baru
banyak pengajaran yang ana peroleh dan belajar dari mereka terutamanya cerita para sahabat, menghadirkan yakin dalam diri dan cerita2 agama yang dapat membangkitkan rasa insaf, tawadhu, josh (semangat) dalam diri..

Allah Maha Pengasih..
Dia hadirkan mereka, seorang demi seorang ke sini..
insyaallah doakan ana dan teman2 yg lain untuk terus kuat..
kami tidak mahu bersendiri, tetapi kami mahu mengajak yang lain untuk bersama-sama kami..
itu adalah satu tanggungjawab..
tanggungjawab kita bersama..
insyaallah kami akan terus berusaha, doakan kami berjaya..

p/s sebenarnya baris yang terakhir dalam surah al-Baqarah ayat 282 ini "dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" yang ingin ana tulis dalam entry kali ini tetapi nda apa la, nantikan dalam entry yg lain ya.. insyaallah

Jumaat, 1 Julai 2011

Sahabatku..
Dulu semalam dan hari ini..
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..,
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
"Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?"

Jawabku: "bukankah engkau adalah da'ie dan mujahid?"
Katamu lagi: "Tapi langkahku terlalu lambat..."
Jawabku: "kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu.."
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan...

Pada hari itu, amalmu terbentang tubuhmu terbuka.. Apakah di sana ada bekalmu..?

Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api..
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..
Namun andai dlepaskan hancurlah dunia.. 
Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.. 
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan.. 
Syurga impian..
 



-Imam Nawawi-

Khamis, 26 Mei 2011

Warkah Cinta Berbau Syurga

Asssalamualaikum,

Wardah, apa khabar? Moga tabah menghadapi segala dugaan. Bagaimana dengan pengajianmu? Harapnya semakin baik. Kuyakin bahawa engkau sentiasa konsisten terhadap pengajianmu. Lantaran itu aku tidak gusar, cuma kulihat engkau dibelit tentang persoalan tentang hubungan kita bukan?

Matlamat kita sekarang bukan percintaan tetapi kejayaan dalam pengajian. Kenapa harus pecah kepala memikirkan tentang hubungan. Tambahan pula, dirimu memang disukai ramai orang. Siapa tidak sukakan gadis yang pandai, cantik dan penuh ketrampilan. Semua yang ada pada dirimu membuatkan orang tidak bosan memandang dan mendekatimu. Justeru apa dayaku? Mahu menyekat mereka?

Siapa aku? Kekasihmu?

Kebanyakan lelaki yang menginginkanmu tidak akan kenal apa itu halangan selagi dirimu belum menjadi isteri orang. Yang pasti, aku bukan suamimu, bukan ahli keluargamu yang akan memastikan apa-apa antara kita. Aku cuma saudara seagama. Aku hanya menyatakan apa yang wajar. Pahit bukan? Tetapi itulah realiti.

Aku mengerti engkau sendirian di sana, mempertahankan hubungan kita. Dan aku di sini, hanya memandang tanpa membuat apa-apa. Aku tahu engkau sedang berjuang sedangkan aku hanya tersenyum tanpa menghulurkan tangan. Pelik bukan? Aku tahu, engkau akan membenci sikapku. Adakah engkau mahu aku terbang ke sisimu dan memimpin tanganmu setiap waktu? Jika ada lelaki yang mendekati, aku akan tepis dan menghumbannya jauh2. Mustahil hal itu berlaku. Ini bukan drama fiksyen atau novel fantasi. Ini kehidupan dan kehidupan realiti tidak memungkinkan itu semua berlaku.

Hanya satu yang dapat kukatakan, jika benar ada jodoh antara kita. Pasti kita akan bertemu juga satu hari nanti. Tetapi, hanya itu yang aku percaya. Jadi, usah engkau bimbang soal cinta dan perasaan. Jika hubungan ini terputus sekali pun, percayalah bahawa semua itu sudah tercatat di dalam takdir. Maafkan aku.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

AM

Surat itu akan diposkan dalam masa terdekat.

Maafkan aku Wardah.

SEMENJAK hari itu, mereka putus hubungan. Hampir setahun mereka tidak berhubung. Rahim juga kerap bertanya kabar, mengapa perkara itu terjadi. Namun Amir telah tahu apa puncanya. Biarkanlah. Bila tiba di Cairo, jarak sudah cukup memisahkan mereka. Dia tidak mahu membebankan Wardah dengan terus mengunci hati perempuan itu dengan figuranya.

Dia tahu hatinya membuak2 ingin menghubungi gadis itu. Apatah lagi dia akan terbang jauh selepas ini, sepatutnya dia mengucapkan selamat jalan. Namun, jika dia menghubungi gadis itu, dibimbangi jiwanya tidak cukup kuat untuk menjaga prinsipnya. Dia takut ada tutur yang seolah-olah memberi beban sekali gus menjadi beban untuk ditanggung.

Dia kerap berbual dengan Kak Long Hafizah tentang perasaannnya terhadap Wardah. Entah kenapa, dia berasa tenang apabila dapat berbicara dengan kak longnya. Tambahan pula, kakaknya sedang bercuti sekarang kerana baharu melahirkan anak. Keluarga ini sudah bertambah seorang ahli keluarga. Setiap kali memandang wajah anak kecil itu, Amir berdoa, suatu hari nanti dia juga mempunyai anak sendiri, dia mahukan ibu kepada anaknya wanita yang solehah. Kalau boleh, Amir tidak mahu isterinya itu seorang yang pernah jatuh cinta pada mana2 lelaki sebelumnya. Amir mahu menjadi cinta pertama buat isterinya, kerana itu dia yakin suami Wardah juga begitu. Seandainya mereka bercinta dan akhirnya berpisah, lalu Wardah berkahwin dengan orang lain. Adakah suaminya akan gembira apabila mengetahui isterinya pernah bercinta dengan orang lain?

Telefon berdering. Nyaringnya menyentak lamunan Amir di kerusi. Jam di tangan menunjukkan waktu pukul lapan lima belas malam. Telefon rumah dicapai dan kedengaran melalui telefon suara Wardah tersekat-sekat, mungkin sukar untuk meluah gusar di dada.

Amir, maaf jika Wardah mengganggu.

Tidak adalah. Awak apa khabar? Amir benar2 teruja mendengar suara gadis itu. Namun, rasa itu tidak akan terzahir. 

Kenapa begitu? Tidak sudikah? Wardah menyoal sangsi.

Saya tidak berniat mengecewakan sesiapa. Cuma masing2 perlu mengerti bahawa kita bukan penentu takdir. Amir mengetap bibir, dia tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Wardah.

Wardah sebak. Jiwanya mendesak mahu mendengar kalam dari Amir. Amir terlalu egois sehingga tidak mahu melafazkan rasa kasih padanya. Sudah lama jiwa Wardah berteka-teki dan itu membuatkannya sering keletihan. Sehingga sekarang dia belum memperoleh keputusannya.

Wardah, perjalanan kita masih jauh. Jika dinyatakan keputusannya sekarang, belum pasti kita akan bersatu. Hati manusia berubah2 tidak sama hari ini dengan esoknya. Amir masih mencari kata2 yang sesuai. Dia tidak mahu kekeruhan terhambur daripada lidahnya. Dia tidak bersedia melukakan hati Wardah.

Amir, nyatakan apa sebenarnya awak sembunyikan daripada saya. Saya mahukan kebenaran. Wardah masih tidak puas dengan jawapan Amir. Amir akur, wanita memerlukan penjelasan atas setiap jawapan. Kadang2 mereka jauh lebih mengerti.

Wardah, saya rasa saya tidak asing lagi bagi wardah. Saya tidak akan menyatakan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita. Kadang2 kebaikan itu pahit, bukan? Emosi mula menguasai jiwa. Amir cuba mengawal gelodak yang kian bergelora.

Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. Adanya dapat dirasa. Amir akur dalam kepayahan itu. Biarpun kasih sayang itu anugerah Tuha. Tetapi manusia tidak lemah untuk menilai. M anusia mampu mengikut rasa hati dan perasaan. Apabila akal dan ilmu memandu hati, tiada lagi cinta buta.

Jadi, awak tidak akan membuat keputusan sekarang? Awak mahu saya terkapai2 dalam seribu pertanyaan? Bukankah itu satu penderaan? Dalam diam ombak cinta menghempas ganas dalam helus nafas yang pasang surut di dada. Saat itu, kebijaksanaan Amir bagai air beku di dalam sebuah vakum. Wardah masih mengharapkan terluahnya sesuatu.

Wardah, siapakah saya sebenarnya untuk mengatakan Wardah milik saya? Siapakah saya untuk mengisytiharkan bahawa kita akan bersatu dan kekal selamanya dalam ingatan? Siapakah saya untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita? Adakah saya punya kuasa untuk menetapkan suatu yang belum pasti? Bukankah kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya?

Diam.

Wardah kelu.

Kata2 Amir menghiris kalbunya.

Wardah kita sudah dewasa dan masing2 ada tanggungjawab yang berbeza. Kita punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kawan juga sahabat. Kita juga seorang yang beragama, sekali gus pendokongnya. SEmua watak ini perlu kita sempurnakan berdasarkan ilmu yang kita ada. Lihatlah kedudukan kita sekarang. Bukankah kita kini mahasiswa, penuntut ilmu?

Adakah itu bermaksud awak tidak suka dengan hubungan ini?

Tidak! Saya bukan tidak suka malah…Amir cepat2 memotong.

Malah apa Amir? Suara Wardah menekan.

Wardah, saya bukan tidak suka tetapi saya mahu menjaga kesician hubungan ini. Saya tidak mahu hubungan ini tercemar dengan tindakan yang terkeluar daripada batasan sebenar. Jangan kerana cinta semuanya kita lupa. Jangan kerana kekasih tumpuan kita dan niat kita hilang. Utamakan apa yang lebih utama. Lihatlah jalan yang harus kita lalui dahulu, jalan seorang penuntut ilmu. Terlalu banyak kesungguhan yang perlu kita curahkan. Bahkan masih ada di sekitarnya tanggungjawab yang mengharapkan tumpuan dari kita. Saya bimbang, kita gagal menyempurnakan amanat itu dengan baik. Amir bersahaja namun kalam itu kuat sekali menusuk ke dada Wardah. Hatinya terpana dengan realiti yang hampir dirinya alpa.

Ingat Wardah, tidak berhubung bukan bererti putus. Berenggang tidak bererti benci. Kerana kasih yang sejati itu lahir daripada keimanan. Cintailah seseorang kerana Allah. Benci kerana Allah. Bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. Jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu. Bertemu dan bermesra. Berpimpin tangan dan berpasang2. Itulah kebiasaan yang salah. Tiada bicara yang terpantul dari bibir Wardah. Hati Wardah lemah. dia terpaksa membenarkan setiap kalimah itu. Dia tahu, dia tidak mendapat apa2 keputusan dari lelaki itu. Egonya terlalu melangit. Sekarang akal warasnya memaksa diri sendiri menyatakan bahawa dirinya telah silap.

Amir, saya mungkin tersilap. Awak sudah banyak membuka kesamaran dalam hidup saya. Baiklah, saya mengerti mengapa awak tidak mahu berterus terang. Kerana kita tidak tahu adakah jodoh untuk kita bersama. Andai kita terpisah nanti, sekurang2nya kita tidak terlanjur dalam menyatakan sesuatu. Saya mengerti Amir, maafkan saya.

Wardah, ikatan dengan kata2 belum terjamin. Tetapi kalau hati telah tetap dan muafakat, berdoalah semoga esok masih ada hari untuk kita bersama. Akui bahawa kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tidak lari gunung dikejar. Namun, selagi kita berdiri sebagai seorang pelajar, penuhilah tuntutan itu. Yakin dan pastilah masa untuk kita bersama pasti akan tiba…

Baiklah Amir. Sekiranya ada lelaki lain yang cuba hadir dalam hidup saya, adakah awak akan cuba menghalangnya? Atau awak akan mengatakan perkara yang sama? Awak akan bersikap pasif dan tidak akan cuba memenangi hati saya?

Saya tidak akan menghalang. Saya akan berserah kepada takdir.

Aduh! Hati Wardah dicengkap perit mendengar kata2 itu. Amir tetap bertegas dan pendirian itu tidak akan runtuh.

Baiklah. Biarkan bahtera hubugnan ini berdasarkan takdir nakhoda yang tercatat. Andai penghujung ini sampai ke pulau bahagia, kita akan bersyukur. Namun, jika bahtera itu karam di lautan. Saya tetap mengharap agar hati kita terselamat dari kelemasan. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sana, Wardah menutup kata.

Klik. Talian terputus. Amir berasa nafasnya bagai dicabut. Itukah ucapan perpisahan sebelum dia terbang ke Cairo? Hatinya mula meretak dan atmanya berasa longlai. Dia tidak tahu. Adakah hatinya kecewa dengan prinsip sendiri atau bagaimana. Mahu tidak mahu hanya itulah pilihan yang perlu dia lakukan. Demi kebaikan dirinya dan Wardah.

Adakah ini keputusan yang salah? Oh Tuhan, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang aku lakukan.

Barang2 yang mahu dibawa sudah siap semuanya? Mama membuka bicara. Wanita yang berumur 56 tahun itu nampak teguh. Dalam kedut usia melebihi separuh abad, dia tetap setia mengharungi kehidupan di sisi abah. Mama mendirikan rumahtangga semasa berusia 20 tahun. Dia banyak bersusah payah mendidik anak2. Abah sibuk mencari rezeki tidak mempunyai waktu yang luas untuk anak2, hanya mama yang banyak membina peribadi ketiga-tiga orang anaknya.

Mir, jangan lemah semangat semasa berada di sana. Ingat, kamu anak lelaki sulung dalam keluarga selepas kaklong. Walaupun kaklong anak sulung, tetapi sebagai anak lelaki tunggal kamu menanggung banyak tanggungjawab keluarga. Kaklong Hafizah n=mengingatkan Amir supaya menjadi lebih positif terhadap masa depan. Dia mahu adik lelaki tunggalnya itu menjadi kuat dan teguh.

Anak abah tidak boleh lemah semangat. Jangan kerana putus cinta segala2nya jadi kabur. Sebenarnya abah bersyukur dengan keadaan kamu sekarang. Abah meluahkan sesuatu yang belum pernah dinyatakan. Amir diserbu persoalan.

Kenapa abah cakap macam ni?

Sebenarnya abah dan mama mengharap kamu mencari pasangan hidup selepas tamat belajar.

Amir, kaklong harap selepas ini kamu buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Ini bukan satu persoalan yang mudah, jadi Amir kena banyak berdoa dan bersolat istikhorah, kaklong menambah.

Amir sekarang perlu habiskan pengajian sebaik mungkin. Kalau ada calon yang sesuai, maklumkan pada keluarga dan kita akan uruskan bersama, ok? Abang Hasan mencelah sambil tersenyum. Amir membalas senyuman tiu. Erma, adiknya tersengih. Mama dan abah juga tersenyum. Fikiran Amir masih tidak berpijak di bumi.

Rasanya selama ini Amir tidak pernah tanya sepatah pun apakah kriteria calon menantu yang diingini oleh mama dan abah. Mungkin Amir rasa perkara ini terlalu peribadi. Tetapi inilah masanya Amir minta pandangan mama dan abah.

Abah terpegun. Dia melipatkan akhbar dan memusingkan tubuh. Mama tersenyum kosong.

Amir, seorang ibu tidak mahu melihat anaknya kecewa. Malah mama sendiri tidak berharap agar hubungan Amir dan Wardah akan terhenti di tengah jalan. Cuma mama berdoa jika Amir memilih calon isteri biarlah yang memahami agama dengan baik.

Mama tidak akan tentukan siapa calon isteri Amir. Siapa calon isteri Amir, pilihan sepenuhnya di tangan Amir. Cuma…mama terhenti di situ.

Teruskan mama. Kalau ada apa2 beritahulah Amir. InsyaAllah Amir akan cuba fahami. Amir tahu mama agak keberatan berterus terang.

Begini sebenarnya Amir. Abah membuka suaranya yang tertahan. Amir kena fahambeberapa perkara. Selaku anak lelaki tunggal dalam keluarga Amir kena bersedia untuk ambil tanggungjawab menjaga ibu bapa di hari tua. Kak Long ada suami dan tidak boleh berkhidmat sepenuhnya untuk mama dan abah. Begitu juga Erma, dia juga akan mempunyai suami dan perlu berkhidmat untuk suaminya. Itu adalah aturan yang ditetapkan oleh agama. Tiada orang yang layak mengambil tanggunjawab ini kecuali anak lelaki abah seorang sahaja. Kami mahu Amir fikirkan hal ini dengan baik. Ia berkait rapat dengan pilihan isteri, kerana ia melibatkan hal masa depat. Abah yakin Amir faham.

Tidak ramai ibubapa yang berpeluang memberitahu perkara ni kepada anak lelakinya. Sebab itu ramai anak2 selepas berkahwin tidak mengendahkan wbubapa. Abah percaya Amir bukan begitu, garis di dahi abah bergalur terang. Amir diam. Seketika kemudian dia mengangguk.

Panjang umur Amir, Amir sempurnakan niat mama dan abah. Perbualan tamat di situ.

sumber : http://redpencel_123.blogs.friendster.com/ & http://www.umairah-sh.blogspot.com/

Khamis, 19 Mei 2011

iktikaf bah kita..!!

Apa itu iktikaf ya?

Para ulama telah mendefinisikan bahawa iktikaf itu ialah berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dan dengan niat untuk beribadah bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.. 

Ibnu Hazm,"Iktikaf adalah berdiam di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri (taqorrub) kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari."

Ya'la bin Umayyah berkata : "Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tidak lain hanya untuk beriktikaf."

apa syarat-syarat untuk beriktikaf nie?

orang yang ingin beriktikaf haruslah seorang MUSLIM..  BERAKAL..  Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

as a conclusion, iktikaf tidak boleh dilakukan oleh non-muslim, adik-adik yang belum mumaiyiz dan wanita-wanita yang mengalami masalah sementara seperti di atas..

apa pula rukun-rukunnya?

mudah sahaja.. niat dan berdiam di masjid.

bagaimana pula cara untuk beriktikaf?

iktikaf ini cukup mudah, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan dan antaranya ialah solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istigfar, selawat ke atas Nabi SAW, doa dan sebagainya..

selain itu majlis ilmu seperti ceramah, majlis ta'lim, diskusi ilmiah, menelaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya yang melibatkan ilmu juga adalah iktikaf selagi segala perkara ini berlaku di dalam masjid..

bagaimana pula kalau sudah berniat tetapi tiba-tiba ada urusan lain yang memerlukan kita keluar sebentar meninggalkan masjid?

owh,sebenarnya ada beberapa perkara yang diperbolehkan orang yang beriktikaf untuk meninggalkan masjid sebentar antaranya..

..keluar untuk menghantar isteri sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap isterinya Sofiyah r.a (HR Bukhari dan Muslim)

..bertujuan untuk menyisir atau mencukur rambut,memotong kuku,membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan

..untuk membuang air besar atau kecil dan untuk makan dan minum 

..makan,minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid

..dan sesuatu perkara yang tidak membolehkannya dilakukan di masjid

jadi marilah kita bersama-sama beriktikaf di masjid.. tak jauh pun kalau di IP nie masjidnya.
janganlah kita abaikan ibadah iktikaf di masjid.. ia adalah sesuatu yang agung dari nabi kita, Muhammad SAW..mari kita impikan syurga yang kekal abadi dan menjadi solihin serta mukminin yang sejati


aku cemburu..

Beruntungnya mereka yang bangun setiap malam untuk bermunajat kepada Allah SWT, merintih memohon keampunan daripada Sang Pencipta, mendambakan cinta dalam sujud solat hajatnya dan bertahajud di sepertiga malam ditemani dingin pagi yang sejuk dan suasana malam yang sunyi sepi.. tiada yang mengganggu..hanya dia dan Dia.  rasa cemburu mula terbit menandakan aku kurang senang akan keadaan ini..

kenapa aku tidak sepertinya sedangkan kami sama sahaja.. Islam,diciptakan daripada air mani yang hina,penuh dosa noda yang sentiasa setia menemani diri ini hampir setiap hari,dikurniakan nikmat,sihat tubuh badan dan cukup sifat..  tetapi aku tidak sepertinya,kenapa?

tiada yang kurang,sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

persoalan ini terus bermain di benak fikiranku..aku tahu sukar untuk menjadi umat yang terbaik tetapi tidak salah untuk terus dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik.. biarpun kerap tertewas akan pujuk rayu syaitan laknatullah,namun aku tetap berharap tewasnya aku tidak akan melunturkan semangat untuk meraih cinta-Nya yang abadi.. cukup istimewa..  cukup istimewa..  cukup istimewa..  ya Allah bantulah hamba-Mu ini..  terasa sukar bagiku.. aku masih tidak mampu untuk melafazkan kata cinta untuk bertemu-Mu dalam setiap malam-malamku..

aku hanya ingin menjadi sepertinya..

Jumaat, 15 April 2011

Jangan sesekali mencuba untuk melakukan maksiat

Assalammualaikum wbt, ikhwah akhawat yang dirahmati Allah SWT..
Imam An-Nawawi pernah berkata,
"Ketahuilah bahawa ikhlas itu dapat disusuli dengan penyakit ujub. Maka barangsiapa yang 
merasa kagum dengan amalannya, nescaya pahala amalannya itu akan binasa"


Insyaallah, entri pada kali ini saya ingin berkongsi akan sebuah kisah yang cukup tragis dalam pengakhiran hidup 2 saudara kandung ini. Moga kita ambil iktibar dari kisah ini.
Mengisahkan 2 orang lelaki dan keduanya adalah saudara kandung. Seorang adik, seorang lagi adalah abang. Keduanya lahir di dalam keluarga yang saat patuh dan taat dalam beragama. Namun begitu, perilaku dua saudara kandung ini jauh berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.


Si Abang, sejak kecil dikenali baik, alim, soleh dan sangat taat melakukan ibadah. Ia tidak suka menyakiti hati orang lain.Tidak suka bergaduh dan mencari pasal dengan orang lain. Waktu mudanya dihabiskan di masjid. Dia tidak suka bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah satu ketika dia digoda dan dipujuk rayu oleh sepupunya cantik menawan namun ia tetap teguh dalam keimanannya. Kerana amalnya serta perbuatan berakhlak mulia ini, ia dicintai oleh keluarga dan dikasihi oleh kebanyakkan orang disekelilingnya. Sedangkan adiknya, sangat berbeza dengan abangnya. Sejak kecil si adik terkenal dengan kenakalannya. Alam remajanya dipenuhi dengan segala bentuk maksiat dan dosa. Rumah pelacuran adalah tempat biasa baginya. Hampir setiap hari ia mabuk dan melakukan pelbagai macam maksiat di rumah pelacuran miliknya. Kadang-kadang ia juga melakukan rompakan bersama teman-temannya bahkan ia juga terlibat dengan aktiviti yang tidak bermaruah. Hampir segala jenis maksiat dan perbuatan yang menjijik telah dilakukan untuk memuaskan hawa nafsunya. Perbuatannya yang jahat itu membuatkan dirinya terus menerus dibenci oleh keluarga dan masyarakat.


Suatu hari, sang abang yang alim dan ahli ibadah itu merenung ketika bersendirian. Tiba-tiba dengan halus nafsunya berkata kepadanya :


” Sejak kecil kau selalu berbuat kebaikan dan beribadah. Kau telah mendapat tempat dihati masyarakat dan dikenal sebagai orang yang baik. Namun kau tidak pernah merasakan nikmat hidup sedikit pun. Kenapa tidak sesekali kau datang ke tempat adikmu menghiburkan diri di rumah pelacurannya. Sesekali sahaja. Setelah itu kau boleh bertaubat. Kau boleh membaca istighfar ribuan kali dalam solat tahajjud. Bukankan Allah itu Maha Pengampun?”


Pujukan hawa nafsunya itu ternyata masuk dalam pemikirannya dan hatinya. Syaitan pun dengan sangat halus masuk aliran darahnya dan lantas ia berkata kepada diri sendiri :


” Benar juga. Kenapa aku tidak sesekali menghibur diri? Hidup Cuma sekali. Malam nanti aku mahu menari dan bersenang-senang bersama wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Setelah itu aku pulang dan bertaubat kepada Allah SWT. Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.


Sementara itu dirumah pelacuran. Adiknya juga merenung. Ia merasa amat kekosongan dengan hidup yang dijalaninya. Nuraninya berkata:


”Sudah bertahun-tahun aku hidup bergelimang dosa. Bermacam maksiat telah aku lakukan. Apakah aku akan hidup begini terus? Keluarga membenciku kerana perbuatanku. Juga masyarakat, mereka memusuhiku kerana kejahatanku. Kenapa aku tidak mencuba hidup baik-baik seperti abang. Ah, bagaimanakah besok kalau aku telah mati. Bagaimanakah aku harus mem-pertanggungjawabkan perbuatanku. Kalau begini terus, kelak aku akan masuk neraka. Hidup susah di akhirat sana. Sementara abangku akan hidup nikmat di syurga.Tidak! Aku tidak boleh terus hidup dalam lembah maksiat. Aku harus mencuba hidup di jalan lurus. Malam nanti selepas Maghrib aku akan ke masjid tempat abang beribadah. Aku mahu bertaubat dan ikut solat. Aku mahu kembali ke pangkuan Allah SWT. Aku mahu beribadah sepanjang sisa hidupku. Semoga Allah mahu mengampuni dosa-dosaku yang lalu.”


Dan benarlah. Ketika malam tiba, kedua saudara itu melaksanakan niat mereka masing-masing. Selesai solat Maghrib di masjid, sang abang kembali ke rumah, ganti pakaian dan bergegas menuju rumah pelacuran. Adapun sang adik, telah pergi meninggalkan rumah pelacuran sebaik mendengar suara azan Maghrib. Jalan yang diambil dua saudara itu tidak sama sehingga keduanya tidak berjumpa di tengah jalan.


Sampai di rumah pelacuran sang abang mencari adiknya. Namun tidak ada. Orang-orang yang ada di rumah pelacuran tidak ada yang tahu ke mana adiknya itu pergi. Meskipun adiknya tidak ada ia tetap melaksanakan niatnya. Nafsu telah menguasai seluruh akal fikirannya. Ia pun menuruti segala yang diinginkan nafsunya di rumah pelacuran itu bersama para penari dan pelacur.


Di tempat lain, sang adik sampai di masjid tempat abangnya biasa beribadah. Ia sudah bertekad bulat untuk bertaubat meninggalkan semua perbuatan buruknya. Ia mengambil whuduk dan masuk ke dalam masjid. Ia mencari-cari abangnya, ternyata tidak ada. Padahal biasanya abangnya selalu beriktikaf di masjid selepas Maghrib sampai Isyak. Ia bertanya pada penjaga masjid, namun ia tidak tahu ke mana perginya. Meskipun tidak ada abangnya, niatnya telah nekad. Ia melakukan solat dan beristifar sebanyak-banyaknya dengan bercucuran air mata.
Tiba-tiba bumi bergoncang dengan hebatnya.


” Awas , ada gempa! Ada gempa!” teriak orang-orang di jalan. Orang-orang panik keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Takut kalau-kalau rumah mereka runtuh. Sang adik yang sedang larut malam kenikmatan taubatnya tidak berganjak dari dalam masjid. Ia tidak merasakan ada gempa. Demikian juga sang abang yang saat itu terlena di rumah pelacuran. Ia sama sekali tidak merasakan gempa. Goncangan gempa malam itu cukup kuat. Beberapa bangunan roboh. Termasuk masjid dan rumah pelacuran.


Keesokan harinya. Sang abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran di samping mayat seorang penari wanita dalam keadaan yang memalukan. Sedangkan adiknya juga ditemui mati diantara runtuhan masjid. Kedua tangannya mendakap sebuah mushaf di dada.


Masyarakat yang tahu keadaan kedua adik-beradik itu menitiskan air mata. Meraka tidak henti berfikir, orang yang selama ini dikenali sebagai ahli ibadah kenapa boleh mati dengan cara yang sedemikian tragisnya. Sedangkan adiknya yang selama ini dikenali sebagai ahli maksiat kenapa boleh husnul khatimah. Dengan peristiwa ini orang-orang diberi pelajaran yang sangat berharga. Bahawa kematian boleh datang bila-bila saja. Hanya Allah yang tahu. Maka jangan sekali-kali saja-saja menuruti hawa nafsu. Siapa tahu saat sedang menuruti hawa nafsu itulah maut menjemput. Naudzubillahi min dzalik. Bahawa niat baik harus selalu dijaga, agar Allah SWT menganugerahkan akhir hidup yang indah. Akhir hidup yang diredhaiNYA.

”Ya Allah, kuniakanlah kepada kami keteguhan dan keistiqamahan berada dalam jalanMU. Kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. Amin, ya Rabbal Alamin.”

Akhir kalam, mohonlah perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan, hawa nafsu dan wanita. Demi Allah, tiada Tuhan selain Allah, telah datang masa sunyi dari wanita lebih-lebih pada saat menyendiri tetapi sentiasalah ingat Allah, azab Allah dan bersedia untuk mati. Walau sedetik kita lalai dan alpa, syaitan mampu menyusup masuk ke dalam setiap pembuluh darah manusia untuk menyesatkan kita. Teguhkan iman dan berusaha mencapai keredhaan Allah dalam setiap masa kehidupan kita.
Waallahualam...

Rabu, 16 Mac 2011

jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,

biarkan ia tetap diam...
kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...

Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...
sumber : http://halimahmahmud.blogspot.com

Sekadar Coretan..

assalammualaikum..
siapa di sana?
saya di sini..
masih di sini..

keseorangan di tempat pengajianku ini, ramai kawan-kawanku yang sudah bertebaran di atas muka bumi ini dengan pelbagai tujuan..ada yang balik ketemu keluarga tercinta, bermusafir menuntut ilmu, membuat tugasan yang diberikan pensyarah dan tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan bagi menghilangkan tension setelah menjalani minggu-minggu kuliah yang amat memenatkan..

tapi aku masih tetap di sini setelah 2 hari menjenguk kota metropolitan Kota Kinabalu yang begitu gah dengan senibina bangunan yang cukup unik dan menarik. Tujuanku ke sana juga untuk menyelesaikan tugasan mengambil gambar senibina yang beritma, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar biarpun tersesat seketika..hmm, bila difikirkan semula agak kelakar juga tapi biarlah kita sesat sementara di dunia daripada kita sesat selamanya di akhirat. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Malu Bertanya, Sesat Jalan', terus terang saya katakan bahawa kita akan tetap sesat kiranya kita bertanya pada orang yang salah. Contohnya apabila kita tidak faham akan sesuatu perkara yang diajar oleh guru, kita tidak malu bertanya..kita tetap bertanya tetapi tanyanya kita itu bukan pada ahlinya iaitu guru tersebut, kita lebih selesa bertanya kepada kawan-kawan sekeliling kita. Begitulah hakikatnya dalam menuntut ilmu, kita tidak boleh sekadar menuruti, menerima, atau belajar sewenang-wenangnya daripada orang yang kita belum yakin ilmunya itu betul atau tidak..Lagi satu sebagai seorang bakal guru, kita perlulah menyampaikan ilmu itu dengan niat yang ikhlas, benar dalam berkata-kata, dan tidak menyeleweng dalam menyampaikan ilmu pengetahuan itu.

Kembali kepada sesatnya kami di KK pada petang Selasa tanggal 15 Mac, bukannya kami bertanya pada orang yang salah..tapi kerana komunikasi yang kurang berkesan antara saya dan pemandu bas mini. Kejadian ni lebih kurang seperti di program SUI, Tambunan..bahasa membataskan kami tuk berbicara,aduhai sedihnya..nda apa la, masih ada 3 tahun setengah untukku khatam bahasa atau dialek orang-orang di sini. Satu ja yang aku risaukan, dapatkah aku berkomunikasi dengan bakal anak muridku nanti..aku takut mereka tidak faham akan kata-kataku atau pun sebaliknya. Rasa seperti 'makhluk asing' pun ada juga..tapi tiada yang mustahil, akanku bulatkan tekad..jap, tak boleh bulatkan tekad takut nanti tekad tu bergolek, berguling dsb..saya bernekad la..ingin menjadi orang yang baik, menjadi manfaat untuk orang lain, menjadi guru yang baik,dapat mengajar dan belajar dalam satu masa, dan memperbaiki komunikasi dengan orang di kawasan pedalaman khususnya..insyaallah

perjalanan hidup ini memang sukar, kuakui bukan mudah untuk mengharunginya..
(maaf kiranya entri kali ini agak 'merepek' sedikit, sekadar cuba menghiburkan hati yang sunyi, tanpa teman di sisi, biarlah cuti ini berlalu pergi, dan minggu PBS pula yang menanti..)

Selamat BerPBS !!! :)

Jumaat, 25 Februari 2011

Tarbiyah Adalah Bukti Kasih Sayang Allah Kepada Hamba-Nya

Perjalanan hidup terus berlalu. Biarpun penuh berliku hanya ini sahaja jalan atau landasan yang diredhai-Nya. Namun aku tetap terima. Sebagai tanda cintaku kepada-Nya.Aku mengerti tiada manusia yang hidupnya lekang daripada masalah. Kadang-kadang air mata ini mengalir tanpa dipinta. Entahlah..aku sendiri kurang pasti mengapa? Tapi aku yakin ujian sekecil ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Umpama pasangan yang telah diciptakan. Sama seperti Allah menciptakan makhluknya secara berpasang-pasangan. Saling melengkapi. Allah menciptakan langit sebagai bumbung dan  bumi sebagai alas. Allah menciptakan panas dan pasangannya sejuk. Allah memberi kesusahan tetapi Allah sertakan juga dengan kesenangan. Allah uji dengan derita, tetapi bahagia adalah pasangan yang telah dijanjikan Allah kepada kita. Begitu juga dengan sedih. Allah beri sedih kepada kita. Tetapi Allah sertakan juga dengan gembira. Kerana Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Semuanya ada hikmahnya. Kenapa Allah sembunyikan matahari dengan menurunkan hujan? Kerana Allah hadirkan pelangi kepada kita sesudah hujan. 

Tanah mana yang tidak ditimpa hujan? Laut mana yang tidak bergelora? Dan hati mana yang tidak pernah dijentik rasa sedih ?

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada bersedih hati. Yakinlah bahawa insan yang terpilih untuk menerima hidayah adalah insan yang sedang diuji oleh-Nya. Manusia yang diuji Allah adalah manusia yang terpilih. Ujian-Nya pula bergantung kepada tahap ketinggian iman hamba-Nya. Allah lebih mengetahui sama ada hamba-Nya sanggup atau tidak menerima dugaan dan ujian dari-Nya. Kerana Dia Maha Mengetahui, Dia lebih tahu siapakah hamba-Nya yang layak menerima dugaan daripada-Nya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang kita perlukan berbanding apa yang kita mahukan. Bukankah hikmah akan menyusul bagi setiap ujian yang ditimpakan oleh-Nya?

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” 
Surah Al- Baqarah : Ayat 286


Ahad, 13 Februari 2011

Cintailah Rasulullah


Dari Usman bin Affan dari Abbas, Rasulullah bersabda, “Aku adalah orang yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata, ‘Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah serta dibenarkan oleh para rasul’.”

Ibnu Abbas berkata, “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad. Malaikat Jibril akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian surga.”

Malaikat Jibril akan menyeru, “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad?” Bumi menjawab, “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad.”

Rasulullah bersabda, “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara, “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah berdiri, beliau telah membuang tanah di atas kepala dan janggut beliau. Rasulullah melihat kanan dan kiri. Beliau dapati, tiada lagi bangunan. Beliau menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Malaikat Jibril berkata kepada Rasulullah, “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah di tempat yang luas.” Rasulullah bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril menjawab, “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah.”

Rasulullah berkata, “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril bertanya, “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Rasulullah berkata, “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril berkata, “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Rasulullah berkata, “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril berkata, “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Rasulullah berkata, “Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril berkata, “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Malaikat Jibril datang bersama Buraq ke arah Rasulullah. Buraq meronta-ronta, lalu Jibril berkata kepadanya, “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah? Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq menjawab, “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki surga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah akan datang pada hari ini dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Rasulullah bersabda kepada Buraq, “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan Rasulullah menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Rasulullah berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil menyeru, “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Allah Yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Dengan demikian, tersusunlah tulang-tulang, urat-urat memanjang, daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebagian mereka akan kekal ke atas sebagian tubuh tanpa roh.

Allah berfirman, “Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil menjerit, “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Allah.”

Allah berfirman, “Demi keagungan dan ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Rasulullah duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Rasulullah merupakan satu umat. Rasulullah berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan. Jibril menyeru, “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat, beliau akan bertanya, “Di mana umatku?” Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” Maka nabi Isa dan Jibril menangis.

Rasulullah bertanya, “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?” Jibril menjawab, “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Rasulullah menangis lalu bertanya, “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad!” Apabila Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada beliau dengan apa yang telah Allah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan beliau. Rasulullah juga gembira terhadap mereka. Rasulullah bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Rasulullah berkata, “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?” Jibril berkata, “Jibril di hadapan Allah.” Allah berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?” Jibril berkata, “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”

Malaikat Jibril kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah.” Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu berkata, “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah.”

Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah. Allah berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah terdiam. Allah berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata, “Wahai Malik! Allah telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?” Jibril menjawab, “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata, “Wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab, “Ya!” Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata, “Di hadapan Allah!”

Malik bertanya lagi, “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril menjawab, “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Anak-anak mulai beruban rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Hari kiamat adalah waktu terakhir semua manusia, tidak ada lagi kesempatan untuk bertaubat, padahal Allah Maha Pengampun. Satu-satunya penolong hanyalah syafaat Rasulullah, dan syafaat itu berlaku untuk umat Rasulullah S.A.W yang mengikuti sunnahnya. Oleh karena itu, marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang sebelum datangnya hari kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu masih lama datangnya, tidak usah menunggu tanda-tanda kiamat dahulu untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun akan diampuni oleh Allah selagi hayat masih di kandung badan. Semoga kita terhindar dari keganasan malaikat Malik dan Neraka Jahannam.

Amin Ya Rabb Al-'Alamin…
 
(Di petik daripada tulisan Nur Muslimah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...