assalammualaikum..
siapa di sana?
saya di sini..
masih di sini..
keseorangan di tempat pengajianku ini, ramai kawan-kawanku yang sudah bertebaran di atas muka bumi ini dengan pelbagai tujuan..ada yang balik ketemu keluarga tercinta, bermusafir menuntut ilmu, membuat tugasan yang diberikan pensyarah dan tidak terkecuali yang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan bagi menghilangkan tension setelah menjalani minggu-minggu kuliah yang amat memenatkan..
tapi aku masih tetap di sini setelah 2 hari menjenguk kota metropolitan Kota Kinabalu yang begitu gah dengan senibina bangunan yang cukup unik dan menarik. Tujuanku ke sana juga untuk menyelesaikan tugasan mengambil gambar senibina yang beritma, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar biarpun tersesat seketika..hmm, bila difikirkan semula agak kelakar juga tapi biarlah kita sesat sementara di dunia daripada kita sesat selamanya di akhirat. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Malu Bertanya, Sesat Jalan', terus terang saya katakan bahawa kita akan tetap sesat kiranya kita bertanya pada orang yang salah. Contohnya apabila kita tidak faham akan sesuatu perkara yang diajar oleh guru, kita tidak malu bertanya..kita tetap bertanya tetapi tanyanya kita itu bukan pada ahlinya iaitu guru tersebut, kita lebih selesa bertanya kepada kawan-kawan sekeliling kita. Begitulah hakikatnya dalam menuntut ilmu, kita tidak boleh sekadar menuruti, menerima, atau belajar sewenang-wenangnya daripada orang yang kita belum yakin ilmunya itu betul atau tidak..Lagi satu sebagai seorang bakal guru, kita perlulah menyampaikan ilmu itu dengan niat yang ikhlas, benar dalam berkata-kata, dan tidak menyeleweng dalam menyampaikan ilmu pengetahuan itu.
Kembali kepada sesatnya kami di KK pada petang Selasa tanggal 15 Mac, bukannya kami bertanya pada orang yang salah..tapi kerana komunikasi yang kurang berkesan antara saya dan pemandu bas mini. Kejadian ni lebih kurang seperti di program SUI, Tambunan..bahasa membataskan kami tuk berbicara,aduhai sedihnya..nda apa la, masih ada 3 tahun setengah untukku khatam bahasa atau dialek orang-orang di sini. Satu ja yang aku risaukan, dapatkah aku berkomunikasi dengan bakal anak muridku nanti..aku takut mereka tidak faham akan kata-kataku atau pun sebaliknya. Rasa seperti 'makhluk asing' pun ada juga..tapi tiada yang mustahil, akanku bulatkan tekad..jap, tak boleh bulatkan tekad takut nanti tekad tu bergolek, berguling dsb..saya bernekad la..ingin menjadi orang yang baik, menjadi manfaat untuk orang lain, menjadi guru yang baik,dapat mengajar dan belajar dalam satu masa, dan memperbaiki komunikasi dengan orang di kawasan pedalaman khususnya..insyaallah
perjalanan hidup ini memang sukar, kuakui bukan mudah untuk mengharunginya..
(maaf kiranya entri kali ini agak 'merepek' sedikit, sekadar cuba menghiburkan hati yang sunyi, tanpa teman di sisi, biarlah cuti ini berlalu pergi, dan minggu PBS pula yang menanti..)
Selamat BerPBS !!! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan