Sabtu, 27 April 2013

Ini Kalilah Cikgu..

Sekolah Kebangsaan Meninipir Keningau.
Iya, sebuah sekolah biasa..
ada murid, ada guru, ada pentadbir, ada pengawal keselamatan, ada pekerja kantin, ada bilik darjah, ada pusat sumber, kantin dsbnya..

tetapi tidak bagi ana..
sekolah ini bukan sekolah biasa..
sekolah ini cukup luarbiasa..
kerana inilah sekolah pertama ana bergelar seorang guru, dipanggil cikgu dan menjadi guru kepada murid-murid di sekolah ini..

jika pagi-pagi ana sebelum ini hanya berlegar sekitar IPG Kampus Keningau tetapi tidak sebulan yang lalu (01-26 April 2013)..
bersama teman seperjuangan - Syafiee, Fatin dan Ily

ana,Fatin,bonda (PK HEM),Ily dan Syafiee

pagi-pagi kami dipenuhi dengan keletah anak-anak kecil yang kelihatan dahagakan ilmu dari insan yang bergelar guru..

alhamdulillah, kesempatan menjalani Praktikum Fasa 1 di sekolah ini tidak ana abaikan begitu sahaja..
biarpun tugasan hakiki guru pelatih menjalani Praktikum ini adalah untuk memenuhi syarat pengajian dan di'observe' pensyarah serta guru pembimbing namun hakikat sebenar bagi ana ialah mengutip sebanyak mana pengalaman yang boleh kerana pengalaman itu dapat mematangkan manusia..

Niat

semua perbuatan yang kita buat bersandarkan kepada apa yang kita niatkan, semua orang sudah tahu kan :)
"innamal a'malu binniyat"
hari-hari perkara ini bermain di fikiran ana..
ana bimbang niat mengajar selama satu bulan ini hanya berlegar sekitar mendapatkan markah yang terbaik dalam penilaian@pandangan mata manusia yakni pensyarah dan guru pembimbing..
bagi ana, penilaian atau penyeliaan ini adalah matlamat kedua..
pertamanya ana cuba ikhlaskan diri dalam mendidik anak-anak murid ana..
mengajar kerana Allah..
bukannya mudah..

kelebihan kepada ana ialah ana tidak tahu bila pensyarah ana akan datang menyelia :(
hmm,takut juga kalau tiba-tiba papa classmate ana tu datang tetapi itulah yang ana suka..
setiap hari ana akan lakukan yang terbaik dalam sesi P&P ana..
biarlah tidur ana tidak cukup, biarlah bilik ana bersepah dengan bbm, biarlah duit ana habis dengan membeli bahan untuk murid murid tetapi apa yang penting bagi ana ialah murid-murid ana seronok dalam mengikuti P&P ana..
soal markah,belakang kira..

erm, kadang-kadang ana dengar juga cerita kawan-kawan ana apabila mahu di'observe'..
lebih-lebih lagi apabila tahu sudah bila pensyarah mahu datang..
awal-awal lagi 'warning' murid..
hmm,ana rasa ini bukan budaya yang cukup baik dan ana azam tidak sesekali melakukannya untuk praktikum akan datang..
bayangkan apabila murid-murid awal-awal lagi di'warning', tentu sekali sesi P&P akan berjalan dengan lancar dan markah yang diperoleh pun bagus..
Tetapi, harus diingat..
pertama, kesian murid-murid kerana tidak bebas belajar..
mereka terikat dengan 'warning' guru tersebut..
terasa seperti diperhatikan..
kedua, iya la mungkin praktikum yang pertama ni pensyarah beritahu bila nak datang tetapi untuk fasa-fasa berikutnya bagaimana?
hari-hari 'warning' murid?hmm..
bukankah lebih baik kejayaan yang ingin dicapai itu dilalui dengan jalan yang penuh berliku berbanding jalan lurus yang mudah?
teringat kata-kata seorang pensyarah ana yang membimbing kawan ana waktu itu, dia berkata "lebih baik guru pelatih macam kamu ni mendapatkan markah secara berperingkat iaitu bermula daripada bawah hinggalah naik ke peringkat yang cemerlang.. sebabnya kalau fasa 1 kamu dapat markah tinggi tetapi tiba-tiba untuk fasa-fasa berikutnya kamu dapat markah yang rendah bagaimana?"
tambahnya lagi,"biasalah kalau permulaan ni ada banyak masalah, sebab kamu masih baru lagi takkan mahu segalanya tampak sempurna." "dan kelemahan yang kamu ada dalam fasa ini kamu boleh baiki lagi pada fasa-fasa berikutnya." terkesan juga kata-katanya, terima kasih cikgu :)
ketiga, yang paling penting dan utama ialah niat serta ikhlas..
bila nak kena 'observe' guru pelatih bukan main tidak cukup tangan untuk hasilkan bbm yang paling canggih tetapi bila tak kena 'observe' sekadar buku teks menjadi peneman murid dan guru..

hmm, cakna kembali hati-hati kita..
ana syorkan nda perlulah 'warning-mewarning' ni (ada ke istilah ni,marah nanti cikgu fatin & cikgu ily)..
lebih baik waktu penyeliaan itu, proses P&P berjalan seperti biasa sahaja macam tiada apa yang berlaku..
bahasa mudahnya, SPONTAN..
guru kan sifatnya fleksibel..

.......................................ok, itu sahaja sedikit perkongsian yang dapat ana kongsikan
yang formal :)

.......................................yang tidaknya formalnya ada juga
antaranya kisah terbang2, wet2, savvy comel, bonda, kek kfc, lagu tema praktikum fasa 1, cikgu comel, cikgu kotak, kisah farhanis, kisah fansyurina, kisah lokman, hilary, surat layang, upin ipin, mr.bear & mrs.beary dan banyak lagi :)
insyaallah ana akan kongsikan pengalaman tidak formal ini dengan lebih lanjut pada entry yang akan datang ya..

mudah-mudahan anak-anak murid ana akan menjadi anak yang soleh solehah, taat pada ibubapa, dengar cakap guru, tidak nakal, rajin-rajin belajar dan berjaya dunia akhirat..

biarpun hanya sebulan pertemuan itu, namun kenangan yang hadir akan terpateri dalam sanubari..
perpisahan bukan satu titik noktah kerana doa seorang cikgu sentiasa mengiringi murid-muridnya hingga ke akhir hayat..

I will miss them :)
wahyuni,afiqah,ikmal,habib,syahidan,qayyum,asyrah,afirah,azlina,farah,fitri,zafirah,hidayah,stevenly,isa,hafizah,syafiq,bryan,britney,jessie,syukri,azhar,farhan,eyron,ertika,melvin..

Tahun 5

nila,farhanis,hakimah,ronson,donnel,fansyurina,idham,dzullaila,bibie,lalen,azlin,erjura,farah,fedly,feedlex,nabilah,haffiq,hafsah,masyitah,aidil,safirah,aqilah,azziriati,hafizah,elyana,atikah..

Tahun 3

ismadi,hilary,aiman,azhari,fazra,shirlynn,afif,era,fai'ez,welder,rediany,abby,adriano,asrizal,ivan,fitri,humi,joeserinley,asnawi,akmal,amar,syahhira,hafizah,izzah,diko,ronie,syahliha..

Tahun 1


lagu tema - hmm,selalu cikgu ily,fatin dan syafiee mainkan lagu ni
tajuk lagu : terima kasih cikgu
nyanyian : najwa latif dan upin ipin



 

Rabu, 14 Mac 2012

Tinggal yang haram, dapat yang halal


Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut. 

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang di dengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula.

Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. namun sekali niat jahatnya di matikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w " Tinggallah yang haram, dapat yang halal". Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun sebelum dia beredar.....datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapati. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggallah yang haram, akan dapat yang halal. Akhirnya dia beristighfarr dan perlahan-lahan beredar.

Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat disanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahati telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang.

Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah di tanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangan dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan.

Mereka berdua tersipu malu. Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya. 



Sahabat,

Nasihatilah diriku,
Kerana aku merasa cukup sedih dan pilu
Dakwah ditentang bertalu-talu
Tiada yang datang dan sudi membantu

Sahabat
Bagaimana caranya ku dakwahi mereka
Menyelamatkan mereka dari jurang Neraka
Menjadikan hati mereka bercambah kasih
Di dalam taman kasih ALLAH mereka merintih
Menyesali dosa noda yang lalu
Dan kita sama-sama berukhwah di atas landasan tujuan yang satu

Sahabat
Ku akui diriku dhaif
Ku sedar hakikat ku naïf
Tapi sungguh tak selamanya rela
Membiarkan saja agama di”perkosa”
Membiarkan masyarakat mendapat laknat
Kerana menjadi sejahat umat
Lalu datang bala ALLAh menghancur lumat

Sahabat
Nasihati diriku yang sedang bersedih
Dakwah ditolak, ku rasakan pedih
Usaha siang malam yang menjadikan ku letih
Namun hasil yang diidam masih bertatih

Sahabat bantulah diriku ini
Kita daulatkan Islam di muka bumi

Sabtu, 29 Oktober 2011

al-Baqarah : 282

"Dan bertakwalah kepada Allah, Allah memberikan pengajaran kepadamu,                                                           dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu"

Sahabat ana yang minta ana lihat ayat ini bila hati ana berbolak-balik, tidak tenang dengan segala urusan dunia dan mengalami pelbagai perasaan yang bercampur baur. Katanya ringkas sahaja "sesuatu yang berlaku itu ada sebab dan hikmahnya".. andainya enta berada dalam kelas sepanjang hari mendengar pensyarah mengajar tetapi jika Allah tidak izinkan ilmu yang disampaikan oleh pensyarah itu dapat enta fahami, enta tidak akan dapat.. begitulah juga jika enta disibukkan dengan urusan dunia hingga enta mengabaikan tanggungjawab lainnya seperti solat berjemaah, hubungan dengan sahabat-sahabat menjadi renggang maka tidak adil bagi diri enta,orang sekeliling enta dan urusan enta dengan Allah.. sesungguhnya Dia hanya menguji  enta.. bukankah Allah telah berfirman dalam kalam-Nya 

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah : 286)

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.. semua yang berlaku adalah kerana kehendak-Nya dan sebagaimana kita beriman kepada qada' dan qadar, kita harus yakin akan ketentuan-Nya..




Janji-Nya

Alhamdulillah..
akhirnya,ana diberi kekuatan semula untuk menulis.. semuanya kerana izin-Nya.. jika tidak kerana-Nya, mana mungkin jari ini bisa bergerak dan ligat menaip papan kekunci laptop ini.. setiap apa yang kita punya, semuanya adalah milik-Nya.. hatta kelopak mata sekalipun, jika bukan kerana kudrat-Nya kita tidak akan mampu membuka mata dan kelip-mengelip mata lagi.. Allah! nikmat kurniaan-Nya tidak pernah terhenti biarpun sedetik.. tetapi kadangkala kita sebagai hamba-Nya pula yang sering melupakan-Nya.. astagfirullah al azim, sungguh hina penuh dosa dan noda diri ini..

sesungguhnya Dia sentiasa dekat dengan kita.. lebih dekat dari urat tengkuk kita sendiri..
Dalam surah az-Zumar ayat 53, Allah SWT telah berfirman "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah." Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya kecuali dosa syirik.

kita kena yakin dengan janji Allah.. biarpun dosa kita tinggi melangit, Allah akan tetap menerima kita..
~Yakin dengan janji Allah SWT~

Ahad, 11 September 2011

al-Baqarah ayat 282

as salam..
lama suda ana nda menulis.. kerana himpitan pelbagai kerja, tugasan dan macam-macam lagi perkara yang ana lakukan yang belum tentu ada orang yang sedia memikulnya.. ana lakukan semua ini semata-mata untuk mengharap keredhaan Allah, mudah-mudahan niat ana ini ikhlas dan diterima Allah SWT.

alhamdulillah syukur,dalam kesibukan diri menghadiri PBS, membuat assignment, tugasan dan sebagainya.. ana masih mampu tersenyum. semuanya kerana nasihat seorang sahabat yang meminta ana untuk memerhatikan sebuah ayat dalam al-Quran iaitu surah al-Baqarah, ayat 282.

inilah satu-satunya sebaris ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan memenuhi satu mukasurat.. ayat ini menceritakan tentang hutang piutang.. hmm,wajib apabila sesuatu urusan jual beli itu dilaksanakan tanpa wang tunai yakni dengan niat berhutang, maka hutang itu perlu ditulis dan membabitkan 2 orang saksi lelaki.. namun jika tidak cukup 2 orang saksi lelaki, dibolehkan seorang lelaki dan 2 orang perempuan..

tulis..
biarpun hutang itu kecil mahupun yang besar, tulislah.. kerana ingatan kita tidak seperti imam Syafiee, namun jarang kita menulis kan.. tambah2 lagi hutang-hutang yang kecil..
ada satu pepatah yang sering diungkapkan oleh seorang 'rakan sekerja' dalam syukbah ana tetapi ana tidak ingat dari mana asalnya pepatah itu..Arab ke China ya?

bunyinya lebih kurang seperti inilah "dakwat yang kabur lebih baik dari ingatan yang kuat"..
iya la, sifat manusia nie pelupa..

jadi catatlah.. sama ada hutang atau nota
kadang-kadang kita suda terbiasa tidak mencatat apabila mendengar,tinggalkanlah tabiat ini..
mari kita amalkan amalan mencatat tika mendengar, insyaallah secara tidak langsung kita telah menggunakan beberapa nikmat seperti mendengar, melihat dan menulis ketika belajar =)

syukur..
sedikit perkongsian dari ana yang cetek ilmu ini, ana masih belajar lagi dan lagi.. haha trademark sahabat2 waktu bermesyuarat harian..
alhamdulillah, walaupun ana sibuk tetapi ana masih mampu bermesyuarat harian dengan mereka.. satu pengalaman baru
banyak pengajaran yang ana peroleh dan belajar dari mereka terutamanya cerita para sahabat, menghadirkan yakin dalam diri dan cerita2 agama yang dapat membangkitkan rasa insaf, tawadhu, josh (semangat) dalam diri..

Allah Maha Pengasih..
Dia hadirkan mereka, seorang demi seorang ke sini..
insyaallah doakan ana dan teman2 yg lain untuk terus kuat..
kami tidak mahu bersendiri, tetapi kami mahu mengajak yang lain untuk bersama-sama kami..
itu adalah satu tanggungjawab..
tanggungjawab kita bersama..
insyaallah kami akan terus berusaha, doakan kami berjaya..

p/s sebenarnya baris yang terakhir dalam surah al-Baqarah ayat 282 ini "dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" yang ingin ana tulis dalam entry kali ini tetapi nda apa la, nantikan dalam entry yg lain ya.. insyaallah

Jumaat, 1 Julai 2011

Sahabatku..
Dulu semalam dan hari ini..
kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..,
Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya:
"Apa yang harus ku lakukan utk menebus kelelahan umat ini?"

Jawabku: "bukankah engkau adalah da'ie dan mujahid?"
Katamu lagi: "Tapi langkahku terlalu lambat..."
Jawabku: "kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu.."
Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan...

Pada hari itu, amalmu terbentang tubuhmu terbuka.. Apakah di sana ada bekalmu..?

Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api..
Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..
Namun andai dlepaskan hancurlah dunia.. 
Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang sabar.. 
Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan.. 
Syurga impian..
 



-Imam Nawawi-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...