Sabtu, 22 Januari 2011

SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


bilakah pula akan tiba giliranku?
masih banyak lagikah baki langkahku di dunia ini?
sudah cukupkah bekalan amal ibadat yang dikutip sepanjang 20 tahun 8 bulan ini?

mari teman-teman kita renungkan seketika,tika ini..
apakah kebaikan yang suda kita lakukan?
solat Subuh pagi tadi bagaimana?
belum lagi dihitung solat-solat fardhu yang kita tinggalkan sengaja atau tidak..
kalau tidak sengaja kerana tertidur,masih ada waktu untuk kita jelaskan hutang kita ini pada Allah swt dengan solat qada..
TAPI yang meninggalkannya DENGAN SENGAJA,mohonlah keampunan sebenar-benar taubat kepada Allah swt..

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

lihat..
Allah Maha Pemurah lagii Maha Mengasihi..
biarpun dosa seluas bumi,
pintu taubat sentiasa terbuka kepada kita,
manusia yang sering lalai dan alpa dalam mengingati-Nya..
selagi nyawa masih dikandung badan..
dan..
jangan sesekali letakkan di mindset kita bahawa mati itu hanya di usia tua.
dewasa ini dapat kita lihat KEMATIAN itu terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kita tua,muda,miskin,kaya dan di mana sahaja tempat tanpa mengira waktu dan ketika..
perkara ini semua orang telah ketahui hakikatnya.
cumanya antara sedar ataupun tidak.
apabila berlakunya peristiwa kematian yang membabitkan insan yang kita kenali barulah kita semua tersedar bahawa kematian ini satu yang pasti ke atas setiap manusia dan kita semua
hakikatnya barulah kita mengira-ngira dan menanti sisa-sisa umur kita di dunia.Bezanya antara kita sama ada kita mati sebagai husnul khatimah(kesudahan yang baik) atau suul khatimah(kesudahan yang buruk).
mari kita memohon kepada Allah swt agar menggolongkan kita semua dalam golongan yang mendapat husnul khatimah.

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 185,mafhumnya:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda melalui riwayat Abu Hurairah r.a,
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan segala kelazatan(dunia)(yakni mati)“riwayat Tirmidzi,hadis hassan

Tuntutan baginda nabi s.a.w. di atas sememangnya satu tuntutan yang benar-benar bermanfaat kepada umat Islam kerana apabila kita sentiasa mengingati mati sekaligus akan melenyapkan segala keinginan kita terhadap semua kelazatan yang ada atas dunia ini.Dunia ini sememangnya diciptakan dengan pelbagai keseronokan dan kelazatan untuk manusia.

makan,minum,tidur,kenyang,bermain,bercinta semuanya aktiviti yang meberikan kita kelazatan kepada kita.Hatta orang fakir miskin sendiri pun masih lagi merasai kelazatan dunia apabila mereka masih mampu lagi bernafas dengan sistem pernafasan yang baik.Semuanya ini adalah kelazatan di dunia.

Kebiasaannya,manusia apabila sentiasa bergelumang dengan segala macam keseronokan dan kelazatan dunia ini,mereka akan mudah lupa bahawasanya mereka hanya berada sekejap sahaja di muka bumi ini sebaliknya akan tinggal kekal abadi di hari akhirat kelak sama ada di syurga atau neraka.
marilah kita memohon perlindungan dengan Allah swt agar dijauhkan dari azab api neraka.Namun,apabila segala keseronokan ini terlepas daripada genggamannya,barulah manusia sedar dan kembali kepada fitrah yang sebenar (iaitu mengabdikan diri kepada Allah).
keseronokan itu boleh jadi hilang buat sementara waktu seperti tidak sihat,tiada duit dan sebagainya.Tetapi bila kita bercakap mengenai soal mati,ia bukan menghapuskan kelazatan dunia buat sementara waktu bahkan buat selama-lamanya.
sebab itu mengingati mati satu penawar yang amat mujarab bagi muslim yang ingin kembali bertaubat kepada Allah serta kembali mengukuhkan dan merapatkan hubungannya dengan Allah swt.


cuba kita bayangkan kiranya hari ini adalah hari terakhir kita di muka bumi ini..
sudah bersediakah kita..?

Perubahan Diri

aSSalaMMualaikum wbt,
alhamdulillah syukur,saat mata ini dibuka..ana masih di dunia ini,biarpun di'mati'kan seketika malam tadi.Ana gembira kerana masih ada insan yang sudi mengejutkan ana untuk bangun solat Subuh,alhamdulillah..

syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kepada Ilahi kerana akhirnya ada suda benih-benih perubahan dalam dirinya dan teman-teman ana yang lain..
ana cukup terharu akan perubahan positif yang berlaku pada orang-orang sekeliling ana ini..
ana sudah nampak hasilnya..

siapa ana untuk menegur dengan ilmu yang cetek ini tapi benar kata-kata naqib ana.."kita tak boleh memaksa,cuma boleh berusaha kerana Allah swt tidak akan bertanya apa hasilnya tetapi Allah swt akan bertanya apa sumbangan kita kepada umat dan agama"
dan hanya Allah swt yang berkuasa dalam memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

tiada jalan pintas dalam berdakwah..sabar dan istiqamah adalah anak kunci yang terbaik
biarpun kadang-kadang ana terfikir mampukah ana memikul amanah ini,menyeru kepada kebenaran dan mencegah kepada kemungkaran..

tiba-tiba suatu malam yang hening sebelum ana melelapkan mata,ana bermuhasabah diri sebentar..
tatkala itu pelbagai bisikan halus mula hinggap di kiri kanan telingaku ini..

"ana ni banyak dosa,manusia hina,tiada kekuatan diri,kalau keyakinan..apa lagi"
"ana lemah,barangkali ana tidak mampu.."
"ana bukan seorang pemimpin yang baik,baik ana mengundur diri.."
"ana ni pemalu,pendiam,bla,bla,bla.."

mampukah ana?
mampukah ana?
mampukah ana?

satu ja ayat mudah yang ana pegang..
ana nak jadi orang yang baik.
orang yang baik,manusia yang baik,hamba yang baik..
kalau ana tidak terlibat dalam semua ini,ana takut sangat..
takut ana jauh dari-Nya..
jauh dari tarbiyyah teman-teman..
naqib-naqib..
tiada lain yang dapat memberi kekuatan kepada diri ini melainkan perubahan..
perubahan ke arah yang lebih baik..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
surah Ar-Rad ayat 11

insyaallah ana akan cuba memperbaiki diri..
ana cuba..
dan ana minta teman-teman doakan ana ya..
untuk menjadi baik dan lebih baik..

Amin ya rabbal al amin

Rabu, 12 Januari 2011

Antara Kesenangan & Kesusahan Di Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Ketika Allah telah mencipta syurga,Allah telah berfirman kepada Jibril:”pergilah,lalu lihatah kepadanya”. Kemudian ia datang dan berkata:” Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-MU,Tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya”.Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.Dan Allah Berfirman:”Wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.”lalu ia pergi lalu lihat kepadanya,kemudian ia datang dan berkata:”Wahai Tuhanku,Demi keperkasaan-MU,sungguh aku khuatir tidak seorang pun yang memasukinya.”

Nabi melanjutkan:”ketika Allah menciptakan neraka,Dia berfirman:”pergilah dan lihatlah kepadanya,ia pun pergi lalu melihat kepadanya,kemudian ia datang seraya berkata:”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya”.lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman:”Wahai malaikat,pergilah dan lihatlah kepadanya,lalu ia pun pergi lalu lihat kepadanya,kemudian datang lalu berkata:”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,sungguh aku kuatir,tiada seorang pun yang tersisa melainkan memasukinya”.
(Rawayat abu daud,al-tirmizi,an-nasa’i dan ahmad.)

Indahnya Islam bila bertemankan keikhlasan,bila bersulamkan keyakinan,bila berselimutkan keimanan..bila bertanamkan dengan ketakwaan. Bila perbuatan yang di lakukan semata-mata kerana Allah untuk mendapat redhaNya.

Sesekali terdetik dalam hati kecil ini,mampukah aku memasuki taman-Nya itu..taman yang mana hanya orang-orang yang beruntung sahaja yang akan memasukinya.Sungguh ,setitik demi setitik air mata ini mengalir saat terkenangkan syurga ,yang mana mengalir air mata salsabila di taman-taman nan indah.Mampukah aku memasukinya?

Dalam sebuah Hadis kudsi ada tertulis bahawa untuk memasuki syurganya, dipagari dengan kesusahan di dunia.Berbeza pula dengan neraka,disambut dengan permaidani kesenangan ketika di dunia.begitulah,kesenangan di dunia akan membawa kita ke neraka,sedangkan kesusahan di dunia membawa kita ke syurga yang dinanti-nantikan oleh para ahlinya.Mampukah kita wahai sahabat memasuki syurganya sedangkan ianya tak mampu terbayar oleh wang ringgit? apa yang kita gunakan untuk membeli syurga hak milik Ilahi? dengan apa wahai sahabat? kita tak mampu memasukinya melainkan dengan ketakwaan dan redhanya.Hadapilah kesusahan dengan redha ketika di dunia nescaya Allah akan redha juga kepada kita.

Bila kesenangan datang, bersyukurlah, bila kesusahan datang,redhalah.

Neraka menanti saat manusia leka menjamah kesenangan yang membuatnya lupa akan segala-galanya sehingga janji yang dulunya pernah diungkapnya, dilupakan begitu sahaja.

Bagaimana mahu memasuki syurga-Nya jika tidak mampu menempuhi pagarnya? Kesusahan di dunia adalah permaidani menuju ke syurga dan kesenangan di dunia adalah permaidani menuju ke neraka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...