Rabu, 14 Mac 2012

Tinggal yang haram, dapat yang halal


Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya, kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk kedalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut. 

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang di dengarinya daripada rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas di benaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula.

Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. namun sekali niat jahatnya di matikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w " Tinggallah yang haram, dapat yang halal". Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain.

Namun sebelum dia beredar.....datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapati. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, "Tinggallah yang haram, akan dapat yang halal. Akhirnya dia beristighfarr dan perlahan-lahan beredar.

Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat disanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT. Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahati telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang.

Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapatkan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah di tanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu.

Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangan dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan.

Mereka berdua tersipu malu. Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para sahabat. Demikianlah berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya. 



Sahabat,

Nasihatilah diriku,
Kerana aku merasa cukup sedih dan pilu
Dakwah ditentang bertalu-talu
Tiada yang datang dan sudi membantu

Sahabat
Bagaimana caranya ku dakwahi mereka
Menyelamatkan mereka dari jurang Neraka
Menjadikan hati mereka bercambah kasih
Di dalam taman kasih ALLAH mereka merintih
Menyesali dosa noda yang lalu
Dan kita sama-sama berukhwah di atas landasan tujuan yang satu

Sahabat
Ku akui diriku dhaif
Ku sedar hakikat ku naïf
Tapi sungguh tak selamanya rela
Membiarkan saja agama di”perkosa”
Membiarkan masyarakat mendapat laknat
Kerana menjadi sejahat umat
Lalu datang bala ALLAh menghancur lumat

Sahabat
Nasihati diriku yang sedang bersedih
Dakwah ditolak, ku rasakan pedih
Usaha siang malam yang menjadikan ku letih
Namun hasil yang diidam masih bertatih

Sahabat bantulah diriku ini
Kita daulatkan Islam di muka bumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...