Sabtu, 22 Januari 2011

SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


bilakah pula akan tiba giliranku?
masih banyak lagikah baki langkahku di dunia ini?
sudah cukupkah bekalan amal ibadat yang dikutip sepanjang 20 tahun 8 bulan ini?

mari teman-teman kita renungkan seketika,tika ini..
apakah kebaikan yang suda kita lakukan?
solat Subuh pagi tadi bagaimana?
belum lagi dihitung solat-solat fardhu yang kita tinggalkan sengaja atau tidak..
kalau tidak sengaja kerana tertidur,masih ada waktu untuk kita jelaskan hutang kita ini pada Allah swt dengan solat qada..
TAPI yang meninggalkannya DENGAN SENGAJA,mohonlah keampunan sebenar-benar taubat kepada Allah swt..

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

lihat..
Allah Maha Pemurah lagii Maha Mengasihi..
biarpun dosa seluas bumi,
pintu taubat sentiasa terbuka kepada kita,
manusia yang sering lalai dan alpa dalam mengingati-Nya..
selagi nyawa masih dikandung badan..
dan..
jangan sesekali letakkan di mindset kita bahawa mati itu hanya di usia tua.
dewasa ini dapat kita lihat KEMATIAN itu terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kita tua,muda,miskin,kaya dan di mana sahaja tempat tanpa mengira waktu dan ketika..
perkara ini semua orang telah ketahui hakikatnya.
cumanya antara sedar ataupun tidak.
apabila berlakunya peristiwa kematian yang membabitkan insan yang kita kenali barulah kita semua tersedar bahawa kematian ini satu yang pasti ke atas setiap manusia dan kita semua
hakikatnya barulah kita mengira-ngira dan menanti sisa-sisa umur kita di dunia.Bezanya antara kita sama ada kita mati sebagai husnul khatimah(kesudahan yang baik) atau suul khatimah(kesudahan yang buruk).
mari kita memohon kepada Allah swt agar menggolongkan kita semua dalam golongan yang mendapat husnul khatimah.

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 185,mafhumnya:
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda melalui riwayat Abu Hurairah r.a,
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan segala kelazatan(dunia)(yakni mati)“riwayat Tirmidzi,hadis hassan

Tuntutan baginda nabi s.a.w. di atas sememangnya satu tuntutan yang benar-benar bermanfaat kepada umat Islam kerana apabila kita sentiasa mengingati mati sekaligus akan melenyapkan segala keinginan kita terhadap semua kelazatan yang ada atas dunia ini.Dunia ini sememangnya diciptakan dengan pelbagai keseronokan dan kelazatan untuk manusia.

makan,minum,tidur,kenyang,bermain,bercinta semuanya aktiviti yang meberikan kita kelazatan kepada kita.Hatta orang fakir miskin sendiri pun masih lagi merasai kelazatan dunia apabila mereka masih mampu lagi bernafas dengan sistem pernafasan yang baik.Semuanya ini adalah kelazatan di dunia.

Kebiasaannya,manusia apabila sentiasa bergelumang dengan segala macam keseronokan dan kelazatan dunia ini,mereka akan mudah lupa bahawasanya mereka hanya berada sekejap sahaja di muka bumi ini sebaliknya akan tinggal kekal abadi di hari akhirat kelak sama ada di syurga atau neraka.
marilah kita memohon perlindungan dengan Allah swt agar dijauhkan dari azab api neraka.Namun,apabila segala keseronokan ini terlepas daripada genggamannya,barulah manusia sedar dan kembali kepada fitrah yang sebenar (iaitu mengabdikan diri kepada Allah).
keseronokan itu boleh jadi hilang buat sementara waktu seperti tidak sihat,tiada duit dan sebagainya.Tetapi bila kita bercakap mengenai soal mati,ia bukan menghapuskan kelazatan dunia buat sementara waktu bahkan buat selama-lamanya.
sebab itu mengingati mati satu penawar yang amat mujarab bagi muslim yang ingin kembali bertaubat kepada Allah serta kembali mengukuhkan dan merapatkan hubungannya dengan Allah swt.


cuba kita bayangkan kiranya hari ini adalah hari terakhir kita di muka bumi ini..
sudah bersediakah kita..?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...