Khamis, 19 Mei 2011

aku cemburu..

Beruntungnya mereka yang bangun setiap malam untuk bermunajat kepada Allah SWT, merintih memohon keampunan daripada Sang Pencipta, mendambakan cinta dalam sujud solat hajatnya dan bertahajud di sepertiga malam ditemani dingin pagi yang sejuk dan suasana malam yang sunyi sepi.. tiada yang mengganggu..hanya dia dan Dia.  rasa cemburu mula terbit menandakan aku kurang senang akan keadaan ini..

kenapa aku tidak sepertinya sedangkan kami sama sahaja.. Islam,diciptakan daripada air mani yang hina,penuh dosa noda yang sentiasa setia menemani diri ini hampir setiap hari,dikurniakan nikmat,sihat tubuh badan dan cukup sifat..  tetapi aku tidak sepertinya,kenapa?

tiada yang kurang,sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

persoalan ini terus bermain di benak fikiranku..aku tahu sukar untuk menjadi umat yang terbaik tetapi tidak salah untuk terus dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik.. biarpun kerap tertewas akan pujuk rayu syaitan laknatullah,namun aku tetap berharap tewasnya aku tidak akan melunturkan semangat untuk meraih cinta-Nya yang abadi.. cukup istimewa..  cukup istimewa..  cukup istimewa..  ya Allah bantulah hamba-Mu ini..  terasa sukar bagiku.. aku masih tidak mampu untuk melafazkan kata cinta untuk bertemu-Mu dalam setiap malam-malamku..

aku hanya ingin menjadi sepertinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...