Selasa, 2 November 2010

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..


aSSalaMMualaiKKum waramatuLLahi wabarakatuh,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus melangkah di atas muka bumi yang penuh pancaroba ini.
Aku mengerti bahawa hidup ini bukan mudah,setiap hari,hampir setiap ketika diri ini tidak akan terlepas dari ujian Pencipta kepada hamba-Nya yang masih terawang-awang dalam mencari jati diri mukmin sejati.

Sibukkan diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..kata-kata spontan yang keluar dari bibir Ustaz Hatta sebelum beliau mengakhiri 'post mortem'nya untuk Program Kem Kami Raikan Ramadhan (K2R) di SK Pekan Tambunan selama 2 hari 1 malam.

Dalam program ini,diri ini masih diberikan peluang untuk bertindak sebagai fasilitator kepada 5 adik-adik yang masih kecil,comel,suci tanpa dosa dan noda namun mereka masih memerlukan bimbingan agama yang mampan agar dapat menjadi benteng yang ampuh dari sebarang godaan syaitan dan nafsu diri.

Tika jari ini ligat menaip,teringat pula akan adik-adik SK Pekan Tambunan..
arghh!!Rindunya diri ini terkenangkan keletah Jaidy yang comel dan sedikit gempal juga manja,Hafiszan yang matang namun pendiam,Elzie yang nakal tapi rajin ke masjid dan dapat menunaikan solat namun perlu sedikit bimbingan,Arif yang sering di'buli' oleh Ustaz Hatta tetapi abang tahu Ustaz Hatta amat menyayangi kamu Arif kerana itulah Arif sering menjadi 'sasaran' Ustaz Hatta,dan akhir sekali Azrul biarpun agak pendiam kamu tetap abang sayang..

Agak menyentuh perasaan apabila suara kecil Elzie menghubungi diri ini (di Pulau Pinang,cuti raya) semata-mata ingin menyatakan perasaan rindunya pada insan yang lemah ini..
Allah..hati ini tidak kuat,bergenang air mata dibuatnya
Namun apa yang pasti,abang tetap sayang Jaidy,Elzie,Hafiszan,Arif dan Azrul seperti adik-adik kandung abang yang lain..
Andai umur ini panjang,barangkali dapat kita bersua lagi..
Doa abang bersama kalian semua..

Kembali kepada ungkapan kata-kata Ustaz Hatta tadi,ramai dalam kalangan kami tertanya-tanya dan masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri..
Bagi diri ini,ungkapan ini dijadikan perangsang motivasi untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak..

Sibukkan diri untuk MENJADI..

yang pertama,menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertakwa..
rasa bertuhan,punya tanggungjawab,merendah diri,tawadhuk..
hamba yang diredhai-Nya

sekadar mencari redha Allah swt dengan berkata-kata tanpa usaha yang gigih kelak kita akan berputus asa..
justeru cuba untuk menjadi hamba yang diredhai dengan usaha yang berterusan

Sibukkan diri untuk MENJADI..

anak yang soleh..berbuat baik kepada kedua orang tua,mendengar kata,tidak mengguris perasaan ibubapa

Dari Abu Hurairah r.a,Baginda Rasulullah saw bersabda:
"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia,maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yakni sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya".
Hadith Riwayat Muslim

cuba untuk menjadi anak yang soleh,andai benar-benar kita menyayangi ibu bapa kita..
kekadang ada kawan-kawan bertanya,"macam mana nak balas jasa kedua orang tua kita ya ,makan minum dari kecil dia jaga,membiayai pendidikan kita,menyayangi kita,memeluk erat kita sewaktu kecil dahulu,sanggup berjaga malam semata-mata kerana kita sering menangis tanpa mengira waktu,nyamuk seekor pun 'gagal mencederakan kita' kerana ampuhnya petahanan seorang insan yang bergelar ibu,sanggup berlapar demi memastikan si anak kenyang dan perutnya tidak berkeroncong,si ayah siang malam mengerah kudrat untuk mencari sesuap nasi untuk kita yang hanya tahu 'berbunyi' apabila lapar sedangkan betapa susahnya si ayah ke hulu ke hilir berusaha memenuhi semua kehendak kita...

Ya Allah..

begitu banyak sekali pengorbanan dua orang insan yang bergelar ibu & ayah ini..
diri ini bagaikan 'kerdil',kerdil dengan segala susah payah,jerih perih bonda & ayahanda tercinta..
tiada apa yang dapat diri ini berikan..
sekadar berusaha menggembirakan hati kalian berdua..
dan DOA insyaallah tidak akan putus meniti di bibir ini dari menyebut nama bonda & ayahanda berdua..

kepada sahabat2,teman2 & kawan2 yang mengenali diri ini..

jadilah anak yang soleh,nescaya bakal anak-anakmu akan mengikut jejak langkahmu
..di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi..

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI

seorang guru yang baik..

biarpun diri ini masih tertanya-tanya,bisakah aku mampu menjadi seorang guru?
dapat mengajar dan belajar..
dari seorang guru yang baik

tuntasnya di sini..

kerja ini adalah kerja yang mulia..
warisan para nabi..
penyambung warisan Rasulullah saw..
bukan sekadar muallim..
aku cuba untuk menjadi muallim,muaddib,muddaris & murabbi..

muallim
yang mengajar..

muaddib
yang mengajar mengenai akhlak dan sakhsiah..

muddaris
mengajar ilmu yang dikuasainya..

murabbi
yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi rohani dan jasmani..

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa. Riwayat al-Bazzar."

mampukah diri ini?
masih banyak kekurangan yang bertapak dalam diri yang serba kekurangan ini..
tapi..
diri ini yakin..
ada hikmahnya diri ini dicampakkan di bumi Keningau ini..
tarbiyah demi tarbiyah terus dikutip..
matang dalam melayari bahtera kehidupan ini..
untuk menjadi SEORANG GURU YANG BAIK.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Surah al-Baqarah ayat 216

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..

seorang SAHABAT yang baik

saling ingat-mengingati..
memandang wajahmu,mengingatkanku kepada kebaikan
diri ini cuba menjadi sepertimu
membenarkan kata-kata & berkata-kata benar
menjadi peneman yang setia kala suka & duka
membina biah yang solehah bersama-sama

dan tiada suatu pun yang paling bermakna
berharga yang dimiliki oleh seorang insan
selepas nikmat Islam melainkan
SEORANG SAHABAT YANG SOLEH
bertemu dan berpisah kerana -Nya

dan aku cuba menjadi antara SAHABATmu yang baik
dan akanku pegang erat ukhuwah ini
biar penuh ranjau & duri
akanku tempuh
kerna kuyakin
kamu adalah SAHABATku
dan aku adalah SAHABATmu


"tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam DOA saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.."


Sibukkan diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..

seorang LELAKI yang SOLEH

lelaki acuan al-Quran,
lelaki yang hatinya terikat pada masjid,
lelaki yang menjaga solatnya,
sedekahnya tidak pernah putus,
kakinya sentiasa melangkah ke majlis-majlis ilmu,
hatinya tenang dengan mengingati Allah,
alunan zikir sentiasa meniti di bibir,
akhlak dan adabnya dijaga kemas,
merendah diri & tidak sombong suatu kewajipan,
menjadi contoh suri teladan yang baik untuk bakal anak-anaknya,
dan suami yang SOLEH untuk bakal isterinya.

namun..

diri ini masih hina & dina,
penuh dosa & noda,
apakah mampu diri ini menjadi LELAKI YANG SOLEH,
tatkala subuh meninggal pergi tanpa kusedari,
berat lidah bertahmid kepada-Nya,
riak terbit di kala pujian melimpah,
hati pula sering kali teringat akan si dia,
mampukah lagi aku mendaki?
menggenggam frasa 'LELAKI YANG SOLEH' di sanubari,
tanpa iman dan sabar di hati,
tak mungkin kan kujejaki.

Alhamdulillah
nawaitu diri ini,
untuk bergelar LELAKI YANG SOLEH masih membara,
tarbiyah kusimpan kemas di tiap lubuk hatiku,
hari demi hari yang berlalu,
menambah matang dalam diri,
ku terus cuba & mencuba,
membaiki diri yang penuh noda,
Ya Allah,
bantulah daku,
bimbinglah diriku,
menjadi LELAKI YANG SOLEH.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...