Khamis, 4 November 2010

Air Mata..


aSSalaMMualaiKKum wbt,
entah mengapa tiba-tiba ja hari ini terfikir untuk menulis mengenai air mata?kadang-kadang diri ini terasa sebak dan air mata bergelinangan tanpa kusedari..
kali ini saya sekadar ingin berkongsi apa itu air mata sebenarnya?
mengapa kita menangis?
perlukah kita menangis?
dan mari kita ketahui serba sedikit makna air mata ini dari perspektif Islam..

Ibnu Qayyim ada mengelaskan air mata kepada 10 jenis tangisan..

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2) Menangis kerana rasa takut
3) Menangis kerana cinta
4) Menangis kerana gembira
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu rasa sedih
7) Menangis kerana rasa hina dan lemah
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9) Menangis kerana mengikut orang lain menangis
10) Menangis orang munafik > pura-pura menangis

" ... dan bahasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis"

(Surah An-Najm : 43)


Allah swt telah mencipta ketawa dan menangis untuk hamba-Nya serta mencipta sebab titisnya air mata itu jatuh ke bumi.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.Mata itu kecil namun tidak pernah kering walaupun ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Ia seperti sungai yang mengalir ke sungai tanpa henti-henti. Rasanya kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji?

Ada tangisan yang yang sangat cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek- robek pakaian.
Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan yang dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : " Tidaklah air mata seseorang itu menitis kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya daripada api neraka . Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan , apabila seorang daripada suatu kaum itu menangis maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan rasa hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan olehnya. Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir ke jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah minum air mata Nabi Adam a.s lalu berkata "Manis sungguh air ini ". Nabi Adam a.s terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu baginda memperhebat lagi tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Nabi Adam. Allah mewahyukan, " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air yang lebih lazat daripada air mata taubatmu".

Air mata yang tidak dituntut

Janganlah kita sesekali menangis jika apa yang kita idam-idamkan tidak kita peroleh.Bukankah Allah telah menentukan semuanya?
Janganlah kita menangis hanya kerana menonton filem sedih (kebanyakan filem Hindi) atau sebagainya.Semua itu hanyalah lakonan si pelakon.
Janganlah juga kita menangis kerana cinta yang diberi tidak berbalas.Mungkin si dia bukanlah jodoh yang telah Allah tentukan untuk kita.Ingatlah jodoh,maut,rezeki semuanya sudah Allah swt tentukan sejak kita dalam rahim ibu lagi.Cuma lambat atau cepat ja.
Janganlah menangis andai diri gagal dalam peperiksaan.Mungkin itu adalah cara Allah swt hendak menguji kita atau kita yang kurang membuat persediaan.Dan bersangka baiklah dengan Allah,mungkin ada hikmah disebaliknya dan ingatlah Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia.Anggap ianya merupakan perkara yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita dan bermuhasabah diri di mana silapnya kita.
Jangan juga menangis sekiranya wang kita hilang di jalanan kerana mungkin kita jarang melakukan amalan bersedekah.Dan anggap sahajalah wang itu bukan hak kita.
Dan janganlah juga menangis jika tidak dinaikkan pangkat atau sebagainya .Kita sepatutnya harus yakin bahawasanya rezeki itu pemberian Allah.


Oleh itu,
simpanlah air mata kita semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati kita hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah S.W.T.
Menangislah agar air mata itu membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat keampunan dari-Nya.Sebagaimana dalam sabda Nabi Muhammad saw:

" Ada dua jenis mata yang tak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis di waktu malam kerana takut akan Allah S.W.T dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam."

" Di antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat, seseorang yang berzikir sendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah S.W.T lalu bercucuran air matanya."

" Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka akan berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Salman Al-Faarisi r.a berkata:

Aku menangis kerana 3 perkara iaitu:

1) Menangis kerana berpisah dengan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke Syurga atau Neraka.

Air mata tanda rahmat Allah

Rasulullah s.a.w bersabda: " Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara,

1) Apabila dahinya berpeluh
2) Air matanya berlinang
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus

kerana hal- hal tersebut menandakan rahmat Allah untuk si mati.

Kesimpulannya, sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara

  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  • Dosa- dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.

Alhamdulillah,moga maklumat ini memberi sedikit kesedaran kepada kita.Harap gugurnya air mata kita selepas ini adalah air mata yang berharga di sisi-Nya.Akhir kata,sama-samalah kita insafi kejadian diri kita yang serba hina ini.

Waallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...