“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”
Selasa, 9 November 2010
Sahabat..
Isnin, 8 November 2010
Syaitan Menelanjangkan Wanita
Syaitan memang diciptakan untuk menggoda dan menyesatkan umat Muhammad. Bermulanya dari saat syaitan dibuang dari syurga hingga kini tugas syaitan tidak akan selesai hingga datangnya kiamat. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi yang sering digunapakai. Dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah.
Allah ada menyebut bahawa Muslimah adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga dan Muslimah jugalah golongan yang mudah untuk memasuki neraka. Oleh kerana itulah syaitan gemar untuk menggoda kaum Muslimah. Ini kerana Muslimah itu sendiri mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Bermula dengan perkara ynag sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar dosa dan noda dilakukan oleh Muslimah atas godaan syaitan.
Bermula dengan menanggalkan hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar´i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Bagaimana mulanya syaitan menyusun strategi hingga Muslimah sanggup meninggalkan hijab ini?
Pertamanya dengan membuka bahagian tangan. Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah, tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Tu.. tidak apa-apa kan?”
Keduanya, membuka sedikit dada dan leher. Bagaimana caranya? Maka dipakailah fesyen terbaru yang terbuka sedikit bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen bentuk “V” hingga ke pelbagai fesyen yang mendedahkan dada.. Kononnya untuk mendapatkan sekidit hawa atau ruang untuk bernafas agar tidak merasa terlalu panas. Kata syaitan, “Cubalah! Orang pasti tidak peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”
Satu lagi istilah yang menarik, iaitu berpakaian tetapi telanjang. Kononya untuk mengikuti perkembangan dan peredaran semasa. Alasannya agar sentiasa nampak “cool”. Caranya, syaitan akan memberi idea agar membeli kain yang agak tipis, lalu dibuat baju yang agak ketat dan mengikut ukuran badan agar lebih sedap dan cantik mata memandang. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan “transparent”. “Mungkin tak ada masalah, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan “transparent”, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ´ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Setelah itu pula, digodanya muslimah untuk membuka sedikit bahagian pakaian yang sedia ketat itu untuk menampakkan lagi labih “cool” dan “vogue”. Caranya mudah, dibisikkan dihati muslimah. “ Pakaian seperti ini membuat susah untuk berjalan atau duduk, nampak sempit, sebaiknya dibelah dari hujung kaki hingga lutut atau mendekati peha tentu mudah dan menarik bukan”. Lalu dipraktikkan idea baru tersebut, dan memang benar dengan dibelah sedemikian rupa membuatkan si pemakai lebih selesa dan leluasa terutamanya ketika akan duduk tau naik kenderaan. Kononnya tersingkap sedikit tidak apa, yang penting kita enjoy!
Begitulah tahap awal bagaimana syaitan ingin menelanjangkan Muslimah. Tetapi syaitan masih tidak berpuas hati, maka disusun stategi baru. Teori yang digunakan adalah “matlamat menghalalkan cara”. Jika tadi hanya digodanya untuk dibelah kain itu, kini langkah lebih “advance” iaitu dibuka terus seperempat hingga separuh betis. Maka bersorak rianglah sang syaitan apabila si Muslimah mengikutnya. Dikukuhkan lagi dengan kata-kata pakaian seperti itu lebih mudah didapati dipasaran berbanding pakaian yang menutup aurat. Maka terbiasalah si muslimah ini dengan memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana sahaja dia pergi.
Mualalah terfikir oleh si Muslimah ini, bukankah dengan berpakaian begitu boleh mendatangkan fitnah di kalangan kaum Adam? Berkatalah sang syaitan, “Ah… itu kan zaman dahulu, zaman kini lelaki lebih suka melihat wanita lebih ´terbuka´ pakaiannya.” Maka akan terbeliaklah mata-mata lelaki ini sambil berkata “ooh” atau “wow”. “Malah bukankah kini fesyen pakaian dari pasar malam mahupun pusat membeli belah terkemuka memperagakan fesyen untuk wanita maju seiring dengan peredaran zaman.” Lantas pakaian tersebut sudah menjadi kebiasaan hingga tiada siapa yang ingin mempersoalkannya lagi.
Langkah terakhir sebelum syaitan berpesta meraikan kejayaan cemerlang lagi terbilang itu ialah dengan menjadikan pakaian muslimah serba mini. Maksudnya, semunaya menjadi lebih pendek, ketat dan ringkas tetapi nampak “cool”, “vogue”, “trendy”, moden dan bergaya. Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”
Maka, akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dipakainya,
baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Maka berhasillah matlamat tadi untuk “menelanjangi kaum wanita.”
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad bersama-sama memantapkan keimanan bagi menjauhkan daripada godaan ini. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Jumaat, 5 November 2010
Warkah Untuk HAWA..
Surah at-Tahrim ayat 6
Khamis, 4 November 2010
Air Mata..
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
- Dosa- dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu.
Rabu, 3 November 2010
Pokok menolong umat Islam yang diperangi oleh kaum yahudi
Pada awal tahun 2002, negara Palestin heboh dengan kisah pokok yang boleh bercakap dengan manusia. Cerita ini khabarnya terjadi semasa tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka bertujuan untuk memeriksa samada terdapat rakan-rakan seperjuangan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.
Di pertengahan jalan, mereka ternampak seorang pendatang Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu pun sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut yang sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Islam Palestin.
Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi tersebut berjaya melarikan diri. Mereka mengejarnya hingga ke jalan mati, tetapi Yahudi tersebut telah menghilangkan diri. Selepas gagal mencari, mereka memutuskan untuk membatalkan saja niat asal mereka.
Tetapi baru saja mereka berpaling, kedengaran satu suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Mereka saling berpandangan dalam kehairanan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja ? Mereka pun menganggap ianya satu kesilapan dan mula beredar.
Sekali lagi ketika melangkah, suara misteri memanggil-manggil mereka semula. Kali ini, suara itu kedengaran lebih jelas. Mereka pun membatalkan niat untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula mencari dari mana datangnya suara tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara misteri itu datangnya daripada sebatang pokok yang berada di situ. Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran lagi pokok itu berkata-kata dengan lebih jelas.
Pokok itu memberitahu bahawa pemuda Yahudi yang dikejar oleh mereka itu, sedang bersembunyi di belakangnya. Katanya lagi, tidak ada perkara yang lebih utama bagi kamu melainkan membunuhnya kerana Puak-Puak Yahudi itu sendiri yang mula menzalimi penduduk di Palestin.
Mereka pun segera melihat di sebalik pokok yang bercakap tersebut. Ternyata benar apa yang diberitahu oleh pokok tersebut, pemuda Yahudi yang hilang tadi sedang menyorok di situ. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh pemuda Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.
Dalam waktu yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Bandar Ramallah dan sampai juga ke telinga Puak Yahudi. Kejadian itu telah menakutkan tentera-tentera Israel sehinggakan jumlah tentera mereka semakin berkurangan di Ramallah.
Ramai juga yang kurang percaya tentang kebenaran peristiwa, hinggalah beberapa media utama di Palestin turut menyiarkannya sebagai kejadian yang terbukti benar berlaku. Akhbar Afaq Arabiyyah keluaran 15 Mei 2002 turut menyiarkan kenyataan As-syaheed Sheikh Ahmad Yassin yang juga mengesahkan kesahihan peristiwa tersebut.
Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pejuang Palestin dan pemimpin Hamas yang sangat dihormati, dalam ulasannya itu berkata, "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda kemenangan Islam dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripada pejuang kami yang syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika dikebumikan"
"Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku, dan di masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain daripada apa yang disampaikan oleh Baginda daripada berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah s.w.t akan datang dan ia tidak mustahil berlaku"
Kemudian beliau memetik sepotong hadis Nabi yang diriwayatkanoleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah yang bermaksud : "Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon-pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok berkenaan : "Wahai hamba Allah ! Ini dia Yahudi di belakangku.
Datanglah ke mari dan bunuhlah dia !" Kecuali pohon Gharqad (kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi)"