Jumaat, 11 Februari 2011

Jodoh Perkahwinan:Kita hanya merancang,Dia yang berkuasa menentukan..

alhamdulillah,hari ini ayah dan ibuku akan berangkat ke Alor Star,Kedah bagi menetapkan tarikh pernikahan dengan bakal keluarga mertua..insyaallah

tetapi bukan untuk ana,masih jauh lagi perjalanan ana untuk menggapai cita bergelar seorang guru atau dengan gelaran yang lebih saintifik 'arkitek seorang manusia'..besar tanggungjawab nie tapi ana akan cuba yang terbaik

sebenarnya yang akan berkahwin ialah abangku yang sulung..alhamdulillah setelah hampir 2 minggu bertunang,tarikh pernikahan akan ditetapkan..sebagaimana yang kita tahu pernikahan itu harus dipercepatkan kerana takut berlakunya fitnah..tunang tidak bererti menghalalkan,sekadar tempoh mengenal hati budi,perangai,akhlak,agama dsbgnya sebelum berkahwin..

inilah pertama kali keluarga ana akan menerima menantu,lain benar rasanya..tapi nda apa,yang pasti
ana akan doakan semoga pasangan abangku itu adalah pilihannya yang terbaik untuknya dan diredhai Allah swt.

sekadar berkongsi..
Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
“Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman.”
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan sebadan, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


ana tidak pandai memberi kesimpulan tapi apa yang ana dapat bahawa jodoh itu adalah urusan-Nya,insyaallah Allah akan permudahkan..
tidak perlulah sibuk untuk mencari apatah lagi dalam usia yang sebegini,masih muda..
cuma kadang-kadang ana tertanya-tanya juga,orang yang ber'couple' nie yakin ke yang pasangan mereka itu adalah bakal ibu atau ayah kepada anak-anak mereka nanti..
setelah berkongsi kasih dan sayang dengan insan yang belum tentu jodoh yang Allah tetapkan..
waallahualam
maafkan jika bait2 ayat yang ana taip ini ada menyinggung hati mana2 pihak..

Jumaat, 4 Februari 2011

Fenomena Isbal Dalam Kalangan Kaum Lelaki



Contoh-contoh fesyen/perbuatan Isbal yang terlarang (bagi lelaki): Pakaian/seluar/kain/sarung yang dipakai sehingga melepasi paras buku lali dan ke bawah.


Contoh pakaian yang tidak isbal (tidak melepasi paras buku lali)
Tentu masih ramai di antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan "Isbal". Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum lelaki muslim yang tidak mengendahkannya. Sekaligus tidak mengetahui bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang terlarang dari sudut pandangan agama.

Malah sudah menjadi trend (budaya), bahawa isbal adalah suatu bentuk wajah masa kini yang barang siapa tidak melakukannya, maka akan kelihatan seakan-akan ketinggalan zaman dan tidak moderate. Dari itu, tulisan kali ini akan sekali lagi mengupas isu berkenaan isbal dari sudut al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih serta berpandukan kefahaman para ulama bermanhaj Salafus Soleh.

Maksud Isbal: 
المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى

Maksud: Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.

Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan dengan niat sombong.

Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua sub-tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.

Isbal Tanpa Niat Sombong 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:

Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)

Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:

بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ

Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)

وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين

Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:

Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)

عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ

أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ

فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ

Maksud: Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata:

Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:

"Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala".

Maka orang tersebut pun berkata:

"Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan".

Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan:

"Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus".

Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.

Kesimpulan:

Akibat melakukan isbal (tanpa sombong):

1 – Berdosa dan diancam dengan neraka.

2 – Tidak dicintai oleh Allah.

Isbal Dengan Kesombongan

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

Maksud: Daripada Ibnu 'Umar, katanya:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.

Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Hadis ini selain menerangkan tentang isbal yang dilakukan dengan disertai kesombongan, ia juga menjelaskan bahawa isbal tanpa disertai dengan sifat sombong juga tetap dilarang. Ini dapat dilihat dari pertanyaan Ummu Salamah di dalam hadis tersebut yang menanyakan berkenaan dengan pakaian wanita:

"Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?"
Berkenaan dengan pertanyaan ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan dengan membawakan perkataan Imam an-Nawawi:

قَالَ النَّوَوِيّ : ظَوَاهِر الْأَحَادِيث فِي تَقْيِيدهَا بِالْجَرِّ خُيَلَاء يَقْتَضِي أَنَّ التَّحْرِيم مُخْتَصّ بِالْخُيَلَاءِ ، وَوَجْه التَّعَقُّب أَنَّهُ لَوْ كَانَ كَذَلِكَ لَمَا كَانَ فِي اِسْتِفْسَار أُمّ سَلَمَة عَنْ حُكْم النِّسَاء فِي جَرّ ذُيُولهنَّ مَعْنًى ، بَلْ فَهِمَتْ الزَّجْر عَنْ الْإِسْبَال مُطْلَقًا سَوَاء كَانَ عَنْ مَخِيلَة أَمْ لَا ، فَسَأَلَتْ عَنْ حُكْم النِّسَاء فِي ذَلِكَ لِاحْتِيَاجِهِنَّ إِلَى الْإِسْبَال مِنْ أَجْل سَتْر الْعَوْرَة ، لِأَنَّ جَمِيع قَدَمهَا عَوْرَة ، فَبَيَّنَ لَهَا أَنَّ حُكْمهنَّ فِي ذَلِكَ خَارِج عَنْ حُكْم الرِّجَال فِي هَذَا الْمَعْنَى فَقَطْ

Maksud: Berkata an-Nawawi: Di dalam hadis ini terdapat penjelasan yang meunjukkan bahawa hadis-hadis larangan isbal itu tidaklah terhad kepada perbuatan dengan sombong. Sekiranya ia dibataskan dengan faktor kesombongan, sudah tentu pertanyaan dari Ummu Salamah (kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) berkenaan hukum perbuatan para wanita yang memanjangkan hujung pakaiannya itu tidak akan membawa makna sama sekali. Tetapi sebenarnya, apa yang dapat kita fahami adalah Ummu Salamah telah memahami adanya larangan isbal secara mutlak. Sehingga (dengan kefahamannya itu) beliau bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkenaan hukum bagi para wanita di dalam permasalahan ini disebabkan perlunya mereka untuk melakukan isbal dalam rangka untuk menutup aurat mereka, kerana seluruh telapak kaki adalah merupakan aurat. Maka Nabi pun menjelaskan kepada Ummu Salamah bahawa hukum bagi para wanita di dalam perkara isbal ini berbeza dengan hukum bagi lelaki. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari, 16/333. Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 14/62)

بَيْنَمَا نَحْنُ مَعَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ لَحِقَنَا عَمْرو بْن زُرَارَةَ الْأَنْصَارِيّ فِي حُلَّة إِزَار وَرِدَاء قَدْ أَسْبَلَ ، فَجَعَلَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذ بِنَاحِيَةِ ثَوْبه وَيَتَوَاضَع لِلَّهِ وَيَقُول: عَبْدك وَابْن عَبْدك وَأَمَتك ، حَتَّى سَمِعَهَا عَمْرو فَقَالَ : يَا رَسُول اللَّه إِنِّي حَمْش السَّاقَيْنِ، فَقَالَ: يَا عَمْرو إِنَّ اللَّه قَدْ أَحْسَنَ كُلّ شَيْء خَلَقَهُ ، يَا عَمْرو إِنَّ اللَّه لَا يُحِبّ الْمُسْبِل

Maksud: Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, tiba-tiba 'Amr B. Zurarah al-Anshori datang menyertai kami. Ketika itu beliau memakai pakaian berupa kain dan jubah dalam keadaan isbal. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memegang hujung pakaian beliau dengan bertawadhu' kepada Allah lalu berkata:

Ya Allah, inilah hamba-Mu (lelaki) dan anak dari hamba-Mu (lelaki) serta anak dari hamba-Mu (perempuan) sehingga didengar oleh 'Amr B. Zurarah. Maka beliau pun berpaling menghadap kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam lalu berkata (untuk memberitahu sesuatu):

Wahai Rasulullah, aku ini memiliki dua betis yang kecil.

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata:

Wahai 'Amr, sesungguhnya Allah telah memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan. Wahai 'Amr, sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang isbal. (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani. Lihat Fathul Bari, 16/336)

Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

وَظَاهِره أَنَّ عَمْرًا الْمَذْكُور لَمْ يَقْصِد بِإِسْبَالِهِ الْخُيَلَاء ، وَقَدْ مَنَعَهُ مِنْ ذَلِكَ لِكَوْنِهِ مَظِنَّة

Maksud: Zahir hadis tersebut menunjukkann bahawa 'Amr tidaklah bermaksud sombong dengan perbuatan isbalnya. Dan ternyata Rasulullah tetap melarang beliau dari isbal kerana (isbal) itu termasuk dari tanda kesombongan. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar radhiyallahu 'anhuma, telah berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa:

Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, 11/500, no. 3392. Kitab al-Libas, 18/84, no. 5338)

عَنْ أَبِي ذَرٍّ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ

Maksud: Daripada Abu Dzarr, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda:

Tiga jenis manusia yang mana pada hari kiamat nanti Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan berbicara kepada mereka (dengan perbicaraan yang baik), tidak akan melihat mereka (dengan pandangan kasih sayang), tidak akan menyucikan mereka (dari dosa-dosa), malah mereka mendapat azab yang pedih. Rasulullah mengulangi pernyataan ini sehingga tiga kali.

Sebenarnya orang-orang tersebut telah binasa dan rugi. Kemudian Abu Dzarr pun bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Rasulullah pun menjawab:

Orang yang isbal (dengan sombong), orang yang suka mengungkit-ngungkit sesuatu yang telah diberikan, dan orang yang melariskan barang dagangannya dengan sumpah palsu. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Iman, 1/277, no. 154)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أزرة المؤمن إلى نصف الساق ولا حرج أو قال لا جناح عليه فيما بينه وبين الكعبين وما كان أسفل من ذلك فهو في النار ومن جر إزاره بطرا لم ينظر الله إليه يوم القيامة

Maksud: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, pakaian seseorang mu'min (lelaki) itu menjulur turun sehingga ke pertengahan betisnya. Dan tidaklah berdosa atau tidak mengapa (jika menurunkannya sehingga pada bahagian kaki) di antara pertengahan betis dengan kedua mata kaki. Ada pun bahagian yang lebih rendah dari itu (iaitu turun melepasi mata kaki), maka tempatnya di neraka. Dan sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya dengan kesombongan, maka pada hari kiamat nanti Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththo', Abu Daud di dalam Sunannya, Ibnu Majah di dalam Sunannya, dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya. Hadis ini daripada Abu Sa'id al-Khudri, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Targhib wa at-Tarhib, 2/219, no. 2031 dan di dalam Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 2/423, no. 923)

Kesimpulan:
Akibat isbal (dengan disertai kesombongan):

1 - Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

2 – Tidak akan berbicara dengan baik kepadanya.

3 – Tidak akan membersihkannya dari dosa.

Isbal Termasuk Kesombongan

و إياك و إسبال الإزار فإن إسبال الإزار من المخيلة و لا يحبها الله

Maksud: Dan berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan mengisbalkan pakaian, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan dan Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai kesombongan. (Hadis Riwayat Abu Daud dari Jabir B. Sulaim. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 1/98, no. 98)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

أَنَّ الْإِسْبَال يَسْتَلْزِم جَرّ الثَّوْب وَجَرّ الثَّوْب يَسْتَلْزِم الْخُيَلَاء وَلَوْ لَمْ يَقْصِد اللَّابِس الْخُيَلَاء

Maksud: Bahawasanya isbal itu adalah perbuatan melabuhkan pakaian, dan perbuatan melabuhkan pakaian itu adalah termasuk ke dalam ciri-ciri kesombongan. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/336)

Juga merujuk sebagaimana penjelasan beliau (al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah) di atas tadi dalam menjelaskan berkenaan hadis tentang 'Amr B. Zurarah al-Anshori.

Di Antara Isbal Dengan Disertai Sombong Dan Tanpa Sombong
Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa:

Jika isbal itu dilakukan kerana bermegah-megah dan sombong, maka perbuatan tersebut termasuk ke dalam kategori dosa besar dan hukumannya (akibatnya) sangat berat. (Majmu' Fatwa Ibnu Utsaimin susunan Fahd B. Nashir, m/s. 309. Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 16, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Perbuatan isbal yang disertai dengan perasaan sombong, ia adalah suatu kesalahan yang sangat berat berbanding dengan perbuatan isbal tanpa disertai dengan kesombongan yang mana ia lebih ringan (dosanya).

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah, selepas beliau menyebutkan hadis-hadis berkenaan isbal, beliau berkata:

وفي هذه الأحاديث أن إسبال الإزار للخيلاء كبيرة وأما الإسبال لغير الخيلاء فظاهر الأحاديث تحريمه أيضا

Maksud: Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa melakukan isbal yang disertai dengan rasa sombong merupakan salah satu dari dosa-dosa besar. Adapun sekiranya dilakukan dengan tidak disertai dengan rasa sombong, dari zahir hadis-hadis tersebut, ia masih tetap juga haram (tidak seberat isbal dengan sombong). (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 10/263)

Larangan Isbal Adalah Mutlak (Bagi Lelaki) Walau pun Tanpa Sombong

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

مَرَرْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي إِزَارِي اسْتِرْخَاءٌ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَرَفَعْتُهُ ثُمَّ قَالَ زِدْ فَزِدْتُ فَمَا زِلْتُ أَتَحَرَّاهَا بَعْدُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ إِلَى أَيْنَ فَقَالَ أَنْصَافِ السَّاقَيْنِ

Maksud: Daripada Ibnu 'Umar, beliau berkata:

Aku pernah melintasi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan pakaianku (kain) di dalam keadaan turun dengan sendirinya tanpa sengaja. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata:

Wahai 'Abdullah, angkatlah kainmu!

Lalu aku pun mengangkatnya (dari terlondeh turun). Kemudian beliau berkata lagi:

Naikkan tinggi lagi sedikit!

Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah peristiwa itu, aku pun sentiasa menjaga kedudukan kainku. Lalu sebahagian orang bertanya kepada ku, "Sehingga paras mana?"

Aku menjawab: "Sehingga ke pertengahan kedua betis". (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Libas wa az-Zinah, 10/455, no. 3892)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata di dalam kitab beliau,Mukhtashar Syamail Muhammadiyah berkenaan hadis tersebut:

Jika Ibnu 'Umar sebagai seorang sahabat yang mulia dan paling bertaqwa di antara mereka itu pun tidak didiamkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau melihat kainnya turun tanpa disengajakan, malah beliau tetap memerintahkan untuk mengangkat kainnya tersebut. Maka, bukankah situasi ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa adab ini sama sekali tidak berkaitan dengan ada atau tidak adanya faktor kesombongan.

Atau adakah kita akan menyatakan bahawa Ibnu 'Umar melakukannya kerana sombong (sehingga ditegur oleh Nabi? Lalu kita katakan bahawa yang dilarang oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam hanyalah isbal dengan disertai sombong sahaja?) Sekali-kali tidak, keadaan itu sama sekali tidak mungkin. Dan telah jelas bahawa Ibnu 'Umar tidaklah melakukannya kerana sombong, bahkan ia berlaku tanpa sengaja kerana kain tersebut turun (melurut) dengan sendirinya. (Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 46, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Benarkah Abu Bakar Melakukan Isbal?
Terdapat sebahagian pihak yang mahu membolehkan isbal, mereka menggunakan dalil berikut, di mana mereka menyatakan bahawa Abu Bakar juga turut melakukan isbal.

عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ

Maksud: Daripada Salim, dari Ayahnya, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau berkata:

Sesiapa sahaja yang menjulurkan pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan memandangnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat nanti.

Pada ketika itu Abu Bakar pun berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu sisi belahan kain-ku ini menjulur turun, kecuali apabila aku menjaganya dari keadaan tersebut.

Maka Rasulullah pun menjelaskan: Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya dengan sombong. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/84, no. 5338)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

وَكَانَ سَبَب اِسْتِرْخَائِهِ نَحَافَة جِسْم أَبِي بَكْر

Maksud: Sebab turunnya (kain Abu Bakar) adalah kerana kurusnya badan Abu Bakar.

(إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَد ذَلِكَ مِنْهُ)

أَيْ يَسْتَرْخِي إِذَا غَفَلْت عَنْهُ ، وَوَقَعَ فِي رِوَايَة مَعْمَر عَنْ زَيْد بْن أَسْلَمَ عِنْد أَحْمَد " إِنَّ إِزَارِي يَسْتَرْخِي أَحْيَانًا " فَكَأَنَّ شَدّه كَانَ يَنْحَلّ إِذَا تَحَرَّكَ بِمَشْيٍ أَوْ غَيْره بِغَيْرِ اِخْتِيَاره ، فَإِذَا كَانَ مُحَافِظًا عَلَيْهِ لَا يَسْتَرْخِي لِأَنَّهُ كُلَّمَا كَادَ يَسْتَرْخِي شَدَّهُ . وَأَخْرَجَ اِبْن سَعْد مِنْ طَرِيق طَلْحَة بْن عَبْد اللَّه بْن عَبْد الرَّحْمَن بْن أَبِي بَكْر عَنْ عَائِشَة قَالَتْ : " كَانَ أَبُو بَكْر أَحْنَى لَا يَسْتَمْسِك إِزَاره يَسْتَرْخِي عَنْ حَقْوَيْهِ " وَمِنْ طَرِيق قَيْس بْن أَبِي حَازِم قَالَ: " دَخَلْت عَلَى أَبِي بَكْر وَكَانَ رَجُلًا نَحِيفًا"

Maksud: Berkenaan perkataan Abu Bakar: (Kecuali apabila aku menjaganya dari keadaan tersebut), maksudnya:

Salah satu sisi belahan kainnya tersebut menjulur turun apabila aku terlupa darinya (tanpa ada kesengajaan).

Dan di dalam riwayat Ma'mar dari Zaid B. Aslam yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawasanya Abu Bakar berkata:

"Sesungguhnya kain-ku kadangkala menjulur turun dengan sendirinya".

Jadi, ikatan kain beliau kadangkala menjadi longgar ketika digunakan untuk bergerak, sama ada dengan berjalan atau pun gerakkan yang lain, dan terjadinya keadaan tersebut bukanlah disebabkan oleh kehendaknya sendiri. Ada pun ketika beliau menjaga kain sarungnya (ketika bukan dalam keadaan terlupa) maka tidak akan menjulur turun (sehingga terjadi isbal), kerana setiap kali kainnya turun (melurut ke bawah) beliau segera mengetatkan semula ikatannya.

Dan Imam Ibnu Sa'ad telah mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur Thalhah B. 'Abdillah B. 'Abdirrahman B. Abu Bakara dari 'Aisyah, beliau berkata:

"Abu Bakar adalah orang yang tubuhnya sangat kurus sehingga tidak berupaya menahan kainnya supaya tidak melurut turun dari pinggangnya".

Dan Imam Ibnu Sa'ad juga mengeluarkan sebuah riwayat dari jalur Qais B. Abi Hazim, beliau berkata:

"Aku masuk menemui Abu Bakar dan beliau adalah lelaki yang sangat kurus". (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)

Berkenaan dengan perkataan Rasulullah:

"Engkau tidak termasuk orang yang melakukannya kerana sombong",

al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan bahawa:

وَفِيهِ أَنَّهُ لَا حَرَج عَلَى مَنْ اِنْجَرَّ إِزَاره بِغَيْرِ قَصْده مُطْلَقًا

Maksud: Dari perkataan ini, ia merupakan dalil bahawa tidak ada dosa bagi seseorang yang kain (pakaiannya) menjulur turun sehingga terjadi isbal tanpa sengaja. (Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/326)

Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:

وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة، فان أسبله فزعا أو نسيانا فلا شئ عليه

Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). Ada pun apabila lelaki tersebut pakaiannya menjadi isbal disebabkan terkejut atau lupa, maka tiada dosa baginya. (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)

Berkenaan hadis kisah Abu Bakar ini, Syaikh al-Albani rahimahullah menjawab syubhat bolehnya isbal dengan menggunakan hadis tersebut, katanya (di dalam Mukhtashar Syamail Muhammadiyah):

"... Sehingga dari kalangan pendakwah dan selainnya akan anda temui orang-orang yang tidak memiliki kepedulian sama sekali di dalam permasalahan ini. Mereka tidak ambil peduli di ketika mana mereka dengan sengaja menurunkan pakaiannya sehingga terseret ke tanah, serta mengiringinya dengan dakwaan bahawa dia tidak melakukannya dengan sombong, sambil tanpa merasa bersalah (bahkan gembira) hatinya dengan adanya hadis di atas berkenaan kisah Abu Bakar. (Sebenarnya) mereka lalai dengan adanya perbezaan yang sangat ketara di antara Abu Bakar dengan diri mereka. Di mana Abu Bakar benar-benar tidak sengaja melakukannya (malah telah berusaha sedaya-upaya), sebagaimana telah jelas di dalam hadis tersebut menyatakan bahawa kainnya menjulur turun tanpa sengaja. Sedangkan mereka yang menggunakan hadis tersebut untuk membolehkan isbal, mereka melakukannya dengan kesengajaan. Di mana mereka tidak tahu atau sengaja bersikap bodoh terhadap hadis-hadis yang menjelaskan tentang sifat pakaian Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." (Dinukil dari Abul Harith Kholiiful Hadi, Dosakah Isbal Tanpa Sombong, m/s. 51, Darul Atsar, Cet. 1, Nov. 2007)

Benarkah Nabi Juga Melakukan Isbal?

Terdapat pihak yang menggunakan hadis di bawah ini dengan tujuan menyatakan bahawa Nabi juga turut berisbal, dan ini menunjukkan bahawa isbal tanpa niat sombong adalah tidak mengapa.

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

خَسَفَتْ الشَّمْسُ وَنَحْنُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ يَجُرُّ ثَوْبَهُ مُسْتَعْجِلًا حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ

Maksud: Daripada Abi Bakrah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

Gerhana matahari tiba-tiba berlaku di ketika kami sedang bersama-sama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Maka beliau pun berdiri lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya dengan tergesa-gesa sehingga beliau sampai masuk ke dalam masjid. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/85, no. 5339. Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no. 5339)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

" فَقَامَ يَجُرّ ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا " فَإِنَّ فِيهِ أَنَّ الْجَرّ إِذَا كَانَ بِسَبَبِ الْإِسْرَاع لَا يَدْخُل فِي النَّهْي

Maksud: Berkenaan penjelasan "فَقَامَ يَجُرّ ثَوْبه مُسْتَعْجِلًا" (Maka beliau pun berdiri lalu menyeret kain luarnya yang menyelimuti tubuhnya dengan tergesa-gesa) perkataan ini sebenarnya mengandungi penjelasan bahawa perbuatan isbal yang disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa itu tidaklah termasuk ke dalam kategori larangan. (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Fathul Bari, 16/327, no. 5339)

Hadis ini sebenarnya menjelaskan berkenaan persoalan isbal yang berlaku disebabkan terlupa atau kerana tergesa-gesa (kelam-kabut). Dengan ini, tidak timbul persoalan bolehnya isbal jika tidak disertai rasa kesombongan. Sekaligus ia juga masih tetap tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk isbal di dalam keadaan yang penuh kesedaran (senang) manakala hadis ini adalah menunjukkan isbal yang berlaku tanpa sengaja atas sebab tergesa-gesa.

Batasan Pakaian Supaya Tidak Isbal
1 – Diturunkan sehingga ke pertengahan betis atau ke bawah sedikit. Berdasarkan dari hadis dari Ibnu 'Umar dan asy-Syarid di atas tadi.

2 – Atau selagi mana tidak menjulur ke bawah melebihi batas atau paras mata kaki (buku lali).

Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata di dalam kitabnya, al-Muhalla:

وحق كل ثوب يلبسه الرجل أن يكون إلى الكعبين لا أسفل البتة

Haq setiap pakaian bagi lelaki adalah sehingga mata kaki, dan sama sekali tidak boleh lebih rendah lagi (dari itu). (Ibnu Hazm, al-Muhalla, 4/73)

Adakah Kasut Boleh Menyebabkan Isbal?

Isbal berlaku adalah disebabkan kain pakaian dari atas yang dijulurkan ke bawah sehingga melepasi mata kaki. Dari itu, kasut tidak termasuk ke dalam pakaian yang menyebabkan isbal.

Mengangkat Kain/Pakaian Sehingga Melampaui Pertengahan Betis

Dalam persoalan ini, Imam Ibnu Abi Syaibah ada membawakan sebuah riwayat daripada Ibnu Sirin:

عن ابن سيرين قال: كانوا يكرهون الازار فوق نصف الساق

Maksud: Berkata Ibnu Sirin (rahimahullah):

Mereka membenci kain/seluar yang diangkat sehingga melampaui pertengah betis. (Rujuk: Ibnu Abi Syaibah, al-Mushonnaf, 6/29)

Larangan Menyinsing, Mengumpul, atau Melipat Pakaian Ketika Solat

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ وَلَا نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَلَا الشَّعْرَ

Maksud: Daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah berkata:

Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud dengan tujuh anggota tubuh yang utama termasuk dahi. Dan beliau dalam masa yang sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. Serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkan (menggulung/melipat) pakaian. (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, Kitab as-Solah, 3/45, no. 758)

Berkenaan hadis ini, Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

ثُمَّ مَذْهَب الْجُمْهُور أَنَّ النَّهْي مُطْلَقًا لِمَنْ صَلَّى كَذَلِكَ سَوَاء تَعَمَّدَهُ لِلصَّلَاةِ أَمْ كَانَ قَبْلهَا كَذَلِكَ لَا لَهَا بَلْ لِمَعْنًى آخَر، وَقَالَ الدَّاوُدِيّ يَخْتَصّ النَّهْي بِمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ لِلصَّلَاةِ ، وَالْمُخْتَار الصَّحِيح هُوَ الْأَوَّل ، وَهُوَ ظَاهِر الْمَنْقُول عَنْ الصَّحَابَة وَغَيْرهمْ

Maksud: Kemudian majoriti ulama berpendapat bahawa larangan (menyinsingkan pakaian) tersebut adalah bersifat mutlak, berlaku bagi sesiapa sahaja yang solat di dalam keadaan seperti itu. Sama ada dia sengaja menyinsingkan untuk solat, atau sebelum solat memang dia telah seperti itu kerana adanya urusan yang lainnya (bukan kerana solat). Ada pun imam ad-Dawudi berpendapat bahawa larangan tersebut berlaku khusus bagi seseorang yang memang melakukannya untuk solat. Namun yang lebih tepat (benar) serta terpilih adalah pendapat pertama. Dan itulah zahir dari pendapat yang dinukilkan oleh para sahabat dan yang selainnya. (Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi 'ala Muslim, 2/240, no. 758)

Maka dengan ini, untuk mengelakkan isbal, dan dalam masa yang sama mengelakkan dari perbuatan melipat atau menggulung pakaian, maka pakaian/seluar/kain yang menjulur ke bawah hendaklah dipotong dan dijahit.

Pelaku Isbal Menyerupai Wanita

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

Yang membezakan di antara jenis pakaian lelaki dengan pakaian wanita adalah kembali kepada apa yang bertepatan bagi kaum lelaki dan apa yang bertepatan dengan kaum wanita, iaitu pakaian yang sesuai dengan apa yang diperintahkan kepada kaum lelaki dan dengan apa yang diperintahkan kepada kaum wanita. (Syaikh al-Albani, Jilbab Wanita Muslimah, m/s. 152, Pustaka at-Tibyan)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنْ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنْ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Maksud: Daripada Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma, katanya:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/239, no. 5435)

Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152, Pustaka Ibnu Katsir)

Apa yang dapat kita fahami adalah:

1 – Pakaian yang labuh, sehingga menutup kaki itu adalah khusus bagi para wanita.

2 – Pakaian yang tidak labuh dan tidak melebihi paras buku lali, itu adalah batas pakaian bagi lelaki.

3 – Maka, hendaklah kaum lelaki dan kaum wanita memahami persoalan ini dengan baik dan tidak mengenakan yang saling bertentangan. Dan sekiranya lelaki mengenakan pakaian yang labuh sehingga melepasi batas buku lali, maka itu sebenarnya telah mengambil situasi pakaian wanita, dan begitulah sebaliknya.

Ini dapat difahami juga melalui hadis sebagaimana berikut, sekali lagi dinukilkan:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

فَقَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ فَكَيْفَ يَصْنَعْنَ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ قَالَ يُرْخِينَ شِبْرًا فَقَالَتْ إِذًا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ قَالَ فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

Maksud: Daripada Ibnu 'Umar, katanya:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata: Sesiapa sahaja yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya kerana sombong, nescaya Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan melihatnya dengan pandangan kasih sayang pada hari kiamat.

Maka Ummu Salamah pun bertanya: Apa yang perlu dilakukan oleh para wanita dengan hujung pakaiannya?

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab: Hendaklah mereka menurunkan (melabuhkannya) satu jengkal dari pertengahan betis.

Ummu Salamah berkata: Jika begitu, sudah tentu telapak kaki mereka masih akan tersingkap (kelihatan).

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun menerangkan: Sekiranya begitu, hendaklah mereka menurunkannya satu hasta dan tidak boleh lebih dari itu. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 6/343, no. 1653. at-Tirmidzi menyatakan, hadis ini Hasan Sahih. Juga disahihkan oleh al-Albani)

Meninggalkan Isbal Adalah Sebahagian Dari Ciri-ciri Taqwa

Ini adalah berdasarkan kepada hadis di atas daripada asy-Syarid, di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang bertindak menegur seseorang yang isbal dengan katanya:

ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ

Maksud: "Angkatlah kain pakaianmu (dari dilabuhkan dan terseret) dan bertaqwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)

Penutup

Demikianlah tulisan dan catatan yang serba ringkas berkaitan persoalan isbal bagi kaum lelaki. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya.

Wallahu a'lam...

Sabtu, 22 Januari 2011

SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


bilakah pula akan tiba giliranku?
masih banyak lagikah baki langkahku di dunia ini?
sudah cukupkah bekalan amal ibadat yang dikutip sepanjang 20 tahun 8 bulan ini?

mari teman-teman kita renungkan seketika,tika ini..
apakah kebaikan yang suda kita lakukan?
solat Subuh pagi tadi bagaimana?
belum lagi dihitung solat-solat fardhu yang kita tinggalkan sengaja atau tidak..
kalau tidak sengaja kerana tertidur,masih ada waktu untuk kita jelaskan hutang kita ini pada Allah swt dengan solat qada..
TAPI yang meninggalkannya DENGAN SENGAJA,mohonlah keampunan sebenar-benar taubat kepada Allah swt..

Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

lihat..
Allah Maha Pemurah lagii Maha Mengasihi..
biarpun dosa seluas bumi,
pintu taubat sentiasa terbuka kepada kita,
manusia yang sering lalai dan alpa dalam mengingati-Nya..
selagi nyawa masih dikandung badan..
dan..
jangan sesekali letakkan di mindset kita bahawa mati itu hanya di usia tua.
dewasa ini dapat kita lihat KEMATIAN itu terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kita tua,muda,miskin,kaya dan di mana sahaja tempat tanpa mengira waktu dan ketika..
perkara ini semua orang telah ketahui hakikatnya.
cumanya antara sedar ataupun tidak.
apabila berlakunya peristiwa kematian yang membabitkan insan yang kita kenali barulah kita semua tersedar bahawa kematian ini satu yang pasti ke atas setiap manusia dan kita semua
hakikatnya barulah kita mengira-ngira dan menanti sisa-sisa umur kita di dunia.Bezanya antara kita sama ada kita mati sebagai husnul khatimah(kesudahan yang baik) atau suul khatimah(kesudahan yang buruk).
mari kita memohon kepada Allah swt agar menggolongkan kita semua dalam golongan yang mendapat husnul khatimah.

Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 185,mafhumnya:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda melalui riwayat Abu Hurairah r.a,
“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan segala kelazatan(dunia)(yakni mati)“riwayat Tirmidzi,hadis hassan

Tuntutan baginda nabi s.a.w. di atas sememangnya satu tuntutan yang benar-benar bermanfaat kepada umat Islam kerana apabila kita sentiasa mengingati mati sekaligus akan melenyapkan segala keinginan kita terhadap semua kelazatan yang ada atas dunia ini.Dunia ini sememangnya diciptakan dengan pelbagai keseronokan dan kelazatan untuk manusia.

makan,minum,tidur,kenyang,bermain,bercinta semuanya aktiviti yang meberikan kita kelazatan kepada kita.Hatta orang fakir miskin sendiri pun masih lagi merasai kelazatan dunia apabila mereka masih mampu lagi bernafas dengan sistem pernafasan yang baik.Semuanya ini adalah kelazatan di dunia.

Kebiasaannya,manusia apabila sentiasa bergelumang dengan segala macam keseronokan dan kelazatan dunia ini,mereka akan mudah lupa bahawasanya mereka hanya berada sekejap sahaja di muka bumi ini sebaliknya akan tinggal kekal abadi di hari akhirat kelak sama ada di syurga atau neraka.
marilah kita memohon perlindungan dengan Allah swt agar dijauhkan dari azab api neraka.Namun,apabila segala keseronokan ini terlepas daripada genggamannya,barulah manusia sedar dan kembali kepada fitrah yang sebenar (iaitu mengabdikan diri kepada Allah).
keseronokan itu boleh jadi hilang buat sementara waktu seperti tidak sihat,tiada duit dan sebagainya.Tetapi bila kita bercakap mengenai soal mati,ia bukan menghapuskan kelazatan dunia buat sementara waktu bahkan buat selama-lamanya.
sebab itu mengingati mati satu penawar yang amat mujarab bagi muslim yang ingin kembali bertaubat kepada Allah serta kembali mengukuhkan dan merapatkan hubungannya dengan Allah swt.


cuba kita bayangkan kiranya hari ini adalah hari terakhir kita di muka bumi ini..
sudah bersediakah kita..?

Perubahan Diri

aSSalaMMualaikum wbt,
alhamdulillah syukur,saat mata ini dibuka..ana masih di dunia ini,biarpun di'mati'kan seketika malam tadi.Ana gembira kerana masih ada insan yang sudi mengejutkan ana untuk bangun solat Subuh,alhamdulillah..

syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kepada Ilahi kerana akhirnya ada suda benih-benih perubahan dalam dirinya dan teman-teman ana yang lain..
ana cukup terharu akan perubahan positif yang berlaku pada orang-orang sekeliling ana ini..
ana sudah nampak hasilnya..

siapa ana untuk menegur dengan ilmu yang cetek ini tapi benar kata-kata naqib ana.."kita tak boleh memaksa,cuma boleh berusaha kerana Allah swt tidak akan bertanya apa hasilnya tetapi Allah swt akan bertanya apa sumbangan kita kepada umat dan agama"
dan hanya Allah swt yang berkuasa dalam memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

tiada jalan pintas dalam berdakwah..sabar dan istiqamah adalah anak kunci yang terbaik
biarpun kadang-kadang ana terfikir mampukah ana memikul amanah ini,menyeru kepada kebenaran dan mencegah kepada kemungkaran..

tiba-tiba suatu malam yang hening sebelum ana melelapkan mata,ana bermuhasabah diri sebentar..
tatkala itu pelbagai bisikan halus mula hinggap di kiri kanan telingaku ini..

"ana ni banyak dosa,manusia hina,tiada kekuatan diri,kalau keyakinan..apa lagi"
"ana lemah,barangkali ana tidak mampu.."
"ana bukan seorang pemimpin yang baik,baik ana mengundur diri.."
"ana ni pemalu,pendiam,bla,bla,bla.."

mampukah ana?
mampukah ana?
mampukah ana?

satu ja ayat mudah yang ana pegang..
ana nak jadi orang yang baik.
orang yang baik,manusia yang baik,hamba yang baik..
kalau ana tidak terlibat dalam semua ini,ana takut sangat..
takut ana jauh dari-Nya..
jauh dari tarbiyyah teman-teman..
naqib-naqib..
tiada lain yang dapat memberi kekuatan kepada diri ini melainkan perubahan..
perubahan ke arah yang lebih baik..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
surah Ar-Rad ayat 11

insyaallah ana akan cuba memperbaiki diri..
ana cuba..
dan ana minta teman-teman doakan ana ya..
untuk menjadi baik dan lebih baik..

Amin ya rabbal al amin

Rabu, 12 Januari 2011

Antara Kesenangan & Kesusahan Di Dunia

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Ketika Allah telah mencipta syurga,Allah telah berfirman kepada Jibril:”pergilah,lalu lihatah kepadanya”. Kemudian ia datang dan berkata:” Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-MU,Tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya”.Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.Dan Allah Berfirman:”Wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.”lalu ia pergi lalu lihat kepadanya,kemudian ia datang dan berkata:”Wahai Tuhanku,Demi keperkasaan-MU,sungguh aku khuatir tidak seorang pun yang memasukinya.”

Nabi melanjutkan:”ketika Allah menciptakan neraka,Dia berfirman:”pergilah dan lihatlah kepadanya,ia pun pergi lalu melihat kepadanya,kemudian ia datang seraya berkata:”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya”.lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman:”Wahai malaikat,pergilah dan lihatlah kepadanya,lalu ia pun pergi lalu lihat kepadanya,kemudian datang lalu berkata:”Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-Mu,sungguh aku kuatir,tiada seorang pun yang tersisa melainkan memasukinya”.
(Rawayat abu daud,al-tirmizi,an-nasa’i dan ahmad.)

Indahnya Islam bila bertemankan keikhlasan,bila bersulamkan keyakinan,bila berselimutkan keimanan..bila bertanamkan dengan ketakwaan. Bila perbuatan yang di lakukan semata-mata kerana Allah untuk mendapat redhaNya.

Sesekali terdetik dalam hati kecil ini,mampukah aku memasuki taman-Nya itu..taman yang mana hanya orang-orang yang beruntung sahaja yang akan memasukinya.Sungguh ,setitik demi setitik air mata ini mengalir saat terkenangkan syurga ,yang mana mengalir air mata salsabila di taman-taman nan indah.Mampukah aku memasukinya?

Dalam sebuah Hadis kudsi ada tertulis bahawa untuk memasuki syurganya, dipagari dengan kesusahan di dunia.Berbeza pula dengan neraka,disambut dengan permaidani kesenangan ketika di dunia.begitulah,kesenangan di dunia akan membawa kita ke neraka,sedangkan kesusahan di dunia membawa kita ke syurga yang dinanti-nantikan oleh para ahlinya.Mampukah kita wahai sahabat memasuki syurganya sedangkan ianya tak mampu terbayar oleh wang ringgit? apa yang kita gunakan untuk membeli syurga hak milik Ilahi? dengan apa wahai sahabat? kita tak mampu memasukinya melainkan dengan ketakwaan dan redhanya.Hadapilah kesusahan dengan redha ketika di dunia nescaya Allah akan redha juga kepada kita.

Bila kesenangan datang, bersyukurlah, bila kesusahan datang,redhalah.

Neraka menanti saat manusia leka menjamah kesenangan yang membuatnya lupa akan segala-galanya sehingga janji yang dulunya pernah diungkapnya, dilupakan begitu sahaja.

Bagaimana mahu memasuki syurga-Nya jika tidak mampu menempuhi pagarnya? Kesusahan di dunia adalah permaidani menuju ke syurga dan kesenangan di dunia adalah permaidani menuju ke neraka.

Selasa, 9 November 2010

Sahabat..


Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Isnin, 8 November 2010

Syaitan Menelanjangkan Wanita


Syaitan memang diciptakan untuk menggoda dan menyesatkan umat Muhammad. Bermulanya dari saat syaitan dibuang dari syurga hingga kini tugas syaitan tidak akan selesai hingga datangnya kiamat. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi yang sering digunapakai. Dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah.

Allah ada menyebut bahawa Muslimah adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga dan Muslimah jugalah golongan yang mudah untuk memasuki neraka. Oleh kerana itulah syaitan gemar untuk menggoda kaum Muslimah. Ini kerana Muslimah itu sendiri mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Bermula dengan perkara ynag sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar dosa dan noda dilakukan oleh Muslimah atas godaan syaitan.

Bermula dengan menanggalkan hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar´i, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Bagaimana mulanya syaitan menyusun strategi hingga Muslimah sanggup meninggalkan hijab ini?

Pertamanya dengan membuka bahagian tangan. Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah, tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Tu.. tidak apa-apa kan?”

Keduanya, membuka sedikit dada dan leher. Bagaimana caranya? Maka dipakailah fesyen terbaru yang terbuka sedikit bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen bentuk “V” hingga ke pelbagai fesyen yang mendedahkan dada.. Kononnya untuk mendapatkan sekidit hawa atau ruang untuk bernafas agar tidak merasa terlalu panas. Kata syaitan, “Cubalah! Orang pasti tidak peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”

Satu lagi istilah yang menarik, iaitu berpakaian tetapi telanjang. Kononya untuk mengikuti perkembangan dan peredaran semasa. Alasannya agar sentiasa nampak “cool”. Caranya, syaitan akan memberi idea agar membeli kain yang agak tipis, lalu dibuat baju yang agak ketat dan mengikut ukuran badan agar lebih sedap dan cantik mata memandang. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan “transparent”. “Mungkin tak ada masalah, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita Muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan “transparent”, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ´ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Setelah itu pula, digodanya muslimah untuk membuka sedikit bahagian pakaian yang sedia ketat itu untuk menampakkan lagi labih “cool” dan “vogue”. Caranya mudah, dibisikkan dihati muslimah. “ Pakaian seperti ini membuat susah untuk berjalan atau duduk, nampak sempit, sebaiknya dibelah dari hujung kaki hingga lutut atau mendekati peha tentu mudah dan menarik bukan”. Lalu dipraktikkan idea baru tersebut, dan memang benar dengan dibelah sedemikian rupa membuatkan si pemakai lebih selesa dan leluasa terutamanya ketika akan duduk tau naik kenderaan. Kononnya tersingkap sedikit tidak apa, yang penting kita enjoy!

Begitulah tahap awal bagaimana syaitan ingin menelanjangkan Muslimah. Tetapi syaitan masih tidak berpuas hati, maka disusun stategi baru. Teori yang digunakan adalah “matlamat menghalalkan cara”. Jika tadi hanya digodanya untuk dibelah kain itu, kini langkah lebih “advance” iaitu dibuka terus seperempat hingga separuh betis. Maka bersorak rianglah sang syaitan apabila si Muslimah mengikutnya. Dikukuhkan lagi dengan kata-kata pakaian seperti itu lebih mudah didapati dipasaran berbanding pakaian yang menutup aurat. Maka terbiasalah si muslimah ini dengan memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana sahaja dia pergi.

Mualalah terfikir oleh si Muslimah ini, bukankah dengan berpakaian begitu boleh mendatangkan fitnah di kalangan kaum Adam? Berkatalah sang syaitan, “Ah… itu kan zaman dahulu, zaman kini lelaki lebih suka melihat wanita lebih ´terbuka´ pakaiannya.” Maka akan terbeliaklah mata-mata lelaki ini sambil berkata “ooh” atau “wow”. “Malah bukankah kini fesyen pakaian dari pasar malam mahupun pusat membeli belah terkemuka memperagakan fesyen untuk wanita maju seiring dengan peredaran zaman.” Lantas pakaian tersebut sudah menjadi kebiasaan hingga tiada siapa yang ingin mempersoalkannya lagi.

Langkah terakhir sebelum syaitan berpesta meraikan kejayaan cemerlang lagi terbilang itu ialah dengan menjadikan pakaian muslimah serba mini. Maksudnya, semunaya menjadi lebih pendek, ketat dan ringkas tetapi nampak “cool”, “vogue”, “trendy”, moden dan bergaya. Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka, akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dipakainya,
baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Maka berhasillah matlamat tadi untuk “menelanjangi kaum wanita.”

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad bersama-sama memantapkan keimanan bagi menjauhkan daripada godaan ini. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...