Rabu, 3 November 2010

WAHAI PEMUDA..dedikasi buat kaum Adam

ISLAM meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding zaman sebelum kedatangan Islam.Jika zaman Arab jahiliah,bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya,tetapi sejurus selepas tersinarnya nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab,acuan itu mula dicorakkan kepada konteks yang lebih luas,global,punya nilai dan beradab.

Corak remaja atau belia pada zaman itu dibentuk melalui kesan tarbiah rohaniah dan jasmaniah yang dipimpin melalui pendekatan wahyu yakni melalui cara hidup Islam.Budaya atau cara hidup bersandarkan redha Allah wujud pada diri pemuda ketika itu.

Ini menyebabkan mereka bukan saja memiliki pedoman dan dorongan terbaik untuk memandu jalan hidup,tetapi budaya redha akan Allah itu membentuk kedewasaan remaja yang akhirnya menjadikan mereka taat serta patuh terhadap perintah Allah dan sentiasa mengelak melakukan apa yang dilarang.

Al-Quran dan As-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah.Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim.Firman Allah yang bermaksud:”Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi:13)

Allah juga memasukkan belia dan remaja yang menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah dalam kehidupannya sebagai manusia yang dimasukkan ke dalam golongan yang mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar kelak.

Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya,pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemuda mempunyai banyak kelebihan berbanding orang tua untuk menunaikan tanggungjawab agama sama ada melaksanakan perintah atau menjauhkan larangan antaranya mempunyai banyak masa lapang.belum sibuk dengan kerja lain,mempunyai tenaga dan kekuatan fizikal,mempunyai kecerdasan akal fikiran,mempunyai daya ingatan yang kuat,jarang ditimpa penyakit dan mudah mendapat pertolongan serta memberi bantuan kepada orang lain.

Pada ketika mempunyai kelebihan dan keistimewaan inilah pemuda perlu merebut peluang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.Sabda Rasulullah SAW bermaksud:”Rebut lima perkara sebelum lima perkara yakni masa muda sebelum tua,lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”

Justeru, dalam beramal, pemuda dianjurkan sentiasa mengambil peluang melaksanakan ibadat tanpa perlu bertangguh kerana usaha meningkatkan takwa dalam hidup bukan bermusim. Firman Allah bermaksud: “Dan dirikan oleh kamu sembahyang dan tunaikan zakat, dan apa juga yang kamu dulukan daripada kebajikan untuk diri kamu, tentu kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW juga pernah melahirkan perasaan takjubnya kepada pemuda yang sentiasa bersungguh-sungguh menjunjung nilai takwa dalam kehidupannya dan bukan bersikap seperti kebudak-budakan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”

Ketika hayatnya, Baginda SAW selalu berpesan kepada belia dan remaja supaya memperlihatkan sifat matang, sesuai dengan kekuatan fizikal sehingga dapat dibezakan dengan golongan tua. Lantaran itu, ketika usia Baginda menginjak ke angka 40, terjadi peristiwa kenabian pada waktu yang dianggap sempurnanya kematangan umur dewasa. Ketika itu, kebanyakan pendukung kuatnya ialah pemuda.

Saidina Abu Bakar, tua tiga tahun daripada umur Baginda, Saidina Umar pula berusia 27 tahun ketika memeluk Islam, Saidina Othman lebih muda daripada Baginda dan Saidina Ali jauh lebih muda daripada sahabat lain.

Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas’ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. Nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian, malah Abu Talib yang tidak menerima dakwah Baginda SAW ialah kalangan generasi tua.

Harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya.

Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya).”

Lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK..


Di suatu malam yang hening,sedang kami berdua,saya & seorang sahabat sedang rancak bercerita..tiba-tiba dia mengeluarkan satu persoalan yang cukup membuatkan diri ini rasa bimbang.

Pertanyaannya simple ja..

"masih adakah wanita solehah untuknya?"

Aku diam sebentar..dan memulakan semula bicara kami dengan ayat yang mudah dan terbit secara spontan..

"Insyaallah,ada."

Sebenarnya aku dapat mengagak apa yang sebenarnya bermain di hati kecilnya itu.Pada hari ini kami disogokkan dengan perempuan-perempuan yang mendedahkan auratnya,pergaulan dengan kaum Adam yang agak keterlaluan,gedik,bangga apabila bercouple (belum tentu pasangannya itu adalah bakal suami atau isterinya nanti) dan tidak kurang juga yang banyak mulutnya.

tapi apa yang pasti..

Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
Surah an-Nur':26

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya.Tetapi sekiranya dikurniakan perempuan yang tidak baik,itu adalah ujian dari Allah swt kepada kita dan kitalah yang bertanggungjawab untuk mengubahnya.

Waallahualam..

Selasa, 2 November 2010

LURUSKAN HATIKU YA ALLAH..Sesungguhnya di sebalik kepayahan itu, ada kemudahannya


Salam Imtihan!!

Exam,exam & exam..

sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan ini?

sudahkah kita bersedia menjawab soalan exam nanti?dapatkah pointer tinggi yang diidam-idamkan tiap insan yang bergelar pelajar?

adakah kefahaman yang kita peroleh ini dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian?

dapatkah aku lulus,mendapat keputusan yang cemerlang atau sebaliknya?

Ya Allah..persoalan-persoalan ini kerap bermain di benak fikiranku

tapi aku mengerti

walau sehebat mana diri ini berusaha

tak tidur malam

menghadap buku seharian

makan tak kenyang

kadang-kadang makan pun lupa

namun

semuanya tidak akan memberi sebarang erti

andai

tiada keberkatan dari Yang Maha Esa

MOHONLAH DOA KEPADA ALLAH SWT supaya dikurniakan kelapangan hati

kefahaman dan keberkatan ilmu dari-Nya

ringankan dirimu solat hajat

bangun jam 3 pagi bertahajud

solat taubat jangan dilupa

basahkan lidahmu dengan ayat suci al-Quran

dan perisaikanlah dirimu dengan wuduk

INSYAALLAH


Belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya iman, sebarkan kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain berjaya sama...


Luruskan HATIKU Ya Allah


"Ya Allah, kurniakanlah kepada aku kefahaman seumpama para Nabi, penjagaan agama seumpama para Rasul, dan ilham yang baik seumpama para MalaikatMu..""Wahai Tuhan yang Maha Memberi lagi Maha Tahu, bukakanlah pintu hatiku sebagai pembukaan para 'arifin.."

"Ya Allah aku menyerahkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan dan beri ilmu kepada aku, maka kembalikanlah ia kepadaku ketikamana aku berhajat kepadanya ,

dan janganlah sesekali Engkau lupakan aku daripadanya

Ya Rabbal 'Alamiin.."

"Ya Allah, lautan ilmu telah terbentang di hadapanku,

namun aku masih lagi tewas antara CINTA dan cinta dalam mengejar cita-cita..

Wahai Tuhan Yang Maha Mengerti, hanya kepadaMu aku adukan segala kelemahan dan kedhaifan aku,

juga hanya padaMu aku pohonkan keampunan atas segala silap dan salahku yang teramat banyak..

Wahai Rabbul Izzati,

hatiku tidak mampu untuk menanggung kalamMu yang Maha Suci lantaran banyaknya kekotoran yang mencemari,

Namun aku terpaksa kuatkan hati untuk menjunjung amanah ini ,

lantaran itu lembutkanlah hatiku dan berilah kekuatan kepada hatiku..

Ya Rabbi..

Sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariMu sahaja aku mampu untuk terus berdiri di bumi ini,

menggali sejuta ilmu yang tidak pernah habis,

mengutip mutiara2 berharga dari mulut para Ulama',menghabiskan sekian waktu dengan hafazan hadith2 kekasihMu s.a.w. ,juga mentelaah kitab2 tafsir dan feqah sehingga larut malam ,meletakkan seluruh kekuatan minda dan tenagaku hanya untuk agamaMu dunia dan akhirat..

lalu kupohon padaMu Ya Allah..sekalipun bebannya sebesar ini atau lebih besar dari ini,bantu dan tunjukilah jalannya kepadaku,apatah lagi andai takdirMu aku bakal menerima suatu lagi amanah selepas ini,hanya kekuatan dariMu yang kupinta,hanya thabat di jalanMu yang kudamba,meskipun aku susah dan penat,meskipun aku faqir dan melarat,janganlah sesekali Engkau tinggalkan aku Ya Allah..aku sangat yakin dengan ayatMu,'cukuplah ALLAH bagiku..'

Ya Fattah Ya 'Alim,Ya Zul Quwwatil Matin..sesungguhnya aku insan yang paling tidak layak untuk memimpin sesiapa,paling tidak mampu untuk menanggung amanah terhadap sesiapa,meskipun ianya bakal teman hidupku sendiri..

Namun,kehidupan ini bercerita panjang kepadaku,perjalanan ini telah lama mengajar aku ,tentang sesuatu yang berat dan sangat berat,iaitu amanah dan tanggungjawab,sehingga aku terpaksa pergi kepadanya,sebelum ia datang terlebih dahulu kepadaku..

Ya Haadiyal 'ibaad,apa lagi yang mampu untuk ku rintihkan,patutkah lagi untuk aku berasa lemah dan malas,sedangkan takdir semakin hari berbicara dengan tegas..meskipun akulah yang paling tidak layak..untuk menanggung suatu AMANAH yang tersangat berat..

Penolongku ada di hadapan,Pembantuku tidak pernah hilang,"Tidak ada suatu perkara pun yang hilang dari pengetahuanNya",berpegang padaNya tidak akan rugi,yakin padaNya tidak akan sesal,thabat di jalanNya adalah jaminan kemenangan..Amin ya rabbal al amin


Selamat Menghadapi Peperiksaan, Bittaufiq wannajah fil imtihan :)

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..


aSSalaMMualaiKKum waramatuLLahi wabarakatuh,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus melangkah di atas muka bumi yang penuh pancaroba ini.
Aku mengerti bahawa hidup ini bukan mudah,setiap hari,hampir setiap ketika diri ini tidak akan terlepas dari ujian Pencipta kepada hamba-Nya yang masih terawang-awang dalam mencari jati diri mukmin sejati.

Sibukkan diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..kata-kata spontan yang keluar dari bibir Ustaz Hatta sebelum beliau mengakhiri 'post mortem'nya untuk Program Kem Kami Raikan Ramadhan (K2R) di SK Pekan Tambunan selama 2 hari 1 malam.

Dalam program ini,diri ini masih diberikan peluang untuk bertindak sebagai fasilitator kepada 5 adik-adik yang masih kecil,comel,suci tanpa dosa dan noda namun mereka masih memerlukan bimbingan agama yang mampan agar dapat menjadi benteng yang ampuh dari sebarang godaan syaitan dan nafsu diri.

Tika jari ini ligat menaip,teringat pula akan adik-adik SK Pekan Tambunan..
arghh!!Rindunya diri ini terkenangkan keletah Jaidy yang comel dan sedikit gempal juga manja,Hafiszan yang matang namun pendiam,Elzie yang nakal tapi rajin ke masjid dan dapat menunaikan solat namun perlu sedikit bimbingan,Arif yang sering di'buli' oleh Ustaz Hatta tetapi abang tahu Ustaz Hatta amat menyayangi kamu Arif kerana itulah Arif sering menjadi 'sasaran' Ustaz Hatta,dan akhir sekali Azrul biarpun agak pendiam kamu tetap abang sayang..

Agak menyentuh perasaan apabila suara kecil Elzie menghubungi diri ini (di Pulau Pinang,cuti raya) semata-mata ingin menyatakan perasaan rindunya pada insan yang lemah ini..
Allah..hati ini tidak kuat,bergenang air mata dibuatnya
Namun apa yang pasti,abang tetap sayang Jaidy,Elzie,Hafiszan,Arif dan Azrul seperti adik-adik kandung abang yang lain..
Andai umur ini panjang,barangkali dapat kita bersua lagi..
Doa abang bersama kalian semua..

Kembali kepada ungkapan kata-kata Ustaz Hatta tadi,ramai dalam kalangan kami tertanya-tanya dan masing-masing mempunyai pandangan yang tersendiri..
Bagi diri ini,ungkapan ini dijadikan perangsang motivasi untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak..

Sibukkan diri untuk MENJADI..

yang pertama,menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertakwa..
rasa bertuhan,punya tanggungjawab,merendah diri,tawadhuk..
hamba yang diredhai-Nya

sekadar mencari redha Allah swt dengan berkata-kata tanpa usaha yang gigih kelak kita akan berputus asa..
justeru cuba untuk menjadi hamba yang diredhai dengan usaha yang berterusan

Sibukkan diri untuk MENJADI..

anak yang soleh..berbuat baik kepada kedua orang tua,mendengar kata,tidak mengguris perasaan ibubapa

Dari Abu Hurairah r.a,Baginda Rasulullah saw bersabda:
"Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia,maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara yakni sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya".
Hadith Riwayat Muslim

cuba untuk menjadi anak yang soleh,andai benar-benar kita menyayangi ibu bapa kita..
kekadang ada kawan-kawan bertanya,"macam mana nak balas jasa kedua orang tua kita ya ,makan minum dari kecil dia jaga,membiayai pendidikan kita,menyayangi kita,memeluk erat kita sewaktu kecil dahulu,sanggup berjaga malam semata-mata kerana kita sering menangis tanpa mengira waktu,nyamuk seekor pun 'gagal mencederakan kita' kerana ampuhnya petahanan seorang insan yang bergelar ibu,sanggup berlapar demi memastikan si anak kenyang dan perutnya tidak berkeroncong,si ayah siang malam mengerah kudrat untuk mencari sesuap nasi untuk kita yang hanya tahu 'berbunyi' apabila lapar sedangkan betapa susahnya si ayah ke hulu ke hilir berusaha memenuhi semua kehendak kita...

Ya Allah..

begitu banyak sekali pengorbanan dua orang insan yang bergelar ibu & ayah ini..
diri ini bagaikan 'kerdil',kerdil dengan segala susah payah,jerih perih bonda & ayahanda tercinta..
tiada apa yang dapat diri ini berikan..
sekadar berusaha menggembirakan hati kalian berdua..
dan DOA insyaallah tidak akan putus meniti di bibir ini dari menyebut nama bonda & ayahanda berdua..

kepada sahabat2,teman2 & kawan2 yang mengenali diri ini..

jadilah anak yang soleh,nescaya bakal anak-anakmu akan mengikut jejak langkahmu
..di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi..

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI

seorang guru yang baik..

biarpun diri ini masih tertanya-tanya,bisakah aku mampu menjadi seorang guru?
dapat mengajar dan belajar..
dari seorang guru yang baik

tuntasnya di sini..

kerja ini adalah kerja yang mulia..
warisan para nabi..
penyambung warisan Rasulullah saw..
bukan sekadar muallim..
aku cuba untuk menjadi muallim,muaddib,muddaris & murabbi..

muallim
yang mengajar..

muaddib
yang mengajar mengenai akhlak dan sakhsiah..

muddaris
mengajar ilmu yang dikuasainya..

murabbi
yang memberi tarbiyah kepada anak didik dari segi rohani dan jasmani..

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa. Riwayat al-Bazzar."

mampukah diri ini?
masih banyak kekurangan yang bertapak dalam diri yang serba kekurangan ini..
tapi..
diri ini yakin..
ada hikmahnya diri ini dicampakkan di bumi Keningau ini..
tarbiyah demi tarbiyah terus dikutip..
matang dalam melayari bahtera kehidupan ini..
untuk menjadi SEORANG GURU YANG BAIK.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Surah al-Baqarah ayat 216

Sibukkan Diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..

seorang SAHABAT yang baik

saling ingat-mengingati..
memandang wajahmu,mengingatkanku kepada kebaikan
diri ini cuba menjadi sepertimu
membenarkan kata-kata & berkata-kata benar
menjadi peneman yang setia kala suka & duka
membina biah yang solehah bersama-sama

dan tiada suatu pun yang paling bermakna
berharga yang dimiliki oleh seorang insan
selepas nikmat Islam melainkan
SEORANG SAHABAT YANG SOLEH
bertemu dan berpisah kerana -Nya

dan aku cuba menjadi antara SAHABATmu yang baik
dan akanku pegang erat ukhuwah ini
biar penuh ranjau & duri
akanku tempuh
kerna kuyakin
kamu adalah SAHABATku
dan aku adalah SAHABATmu


"tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang SAHABAT itu terlalu istimewa dalam DOA saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.."


Sibukkan diri untuk MENJADI,bukan MENCARI..

seorang LELAKI yang SOLEH

lelaki acuan al-Quran,
lelaki yang hatinya terikat pada masjid,
lelaki yang menjaga solatnya,
sedekahnya tidak pernah putus,
kakinya sentiasa melangkah ke majlis-majlis ilmu,
hatinya tenang dengan mengingati Allah,
alunan zikir sentiasa meniti di bibir,
akhlak dan adabnya dijaga kemas,
merendah diri & tidak sombong suatu kewajipan,
menjadi contoh suri teladan yang baik untuk bakal anak-anaknya,
dan suami yang SOLEH untuk bakal isterinya.

namun..

diri ini masih hina & dina,
penuh dosa & noda,
apakah mampu diri ini menjadi LELAKI YANG SOLEH,
tatkala subuh meninggal pergi tanpa kusedari,
berat lidah bertahmid kepada-Nya,
riak terbit di kala pujian melimpah,
hati pula sering kali teringat akan si dia,
mampukah lagi aku mendaki?
menggenggam frasa 'LELAKI YANG SOLEH' di sanubari,
tanpa iman dan sabar di hati,
tak mungkin kan kujejaki.

Alhamdulillah
nawaitu diri ini,
untuk bergelar LELAKI YANG SOLEH masih membara,
tarbiyah kusimpan kemas di tiap lubuk hatiku,
hari demi hari yang berlalu,
menambah matang dalam diri,
ku terus cuba & mencuba,
membaiki diri yang penuh noda,
Ya Allah,
bantulah daku,
bimbinglah diriku,
menjadi LELAKI YANG SOLEH.






Ahad, 19 September 2010

BERKORBANLAH DENGAN IKHLAS


ORANG-ORANG yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah,kemudian meraka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi),mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita
(Surah al-Baqarah 2:262)

Selasa, 9 Mac 2010

LIMA CARA MEMILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sabtu, 6 Mac 2010

DIAMKAN DIRI KETIKA AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...